Pelakon Janna Nick, 26, tampil menyuarakan pendapat peribadi mengenai kontroversi yang melibatkan pengacara dan penyampai radio Shuk Sahar, 35, yang hangat diperkatakan wargamaya.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, berkata adalah lebih baik sekiranya orang ramai tidak mencampuri isu pergolakan rumah tangga Shuk dan isteri, Rossalennah Natassiah Asshaferah.

"Bukan nak menyebelahi Shuk. Tapi kita tak tau perjalanan hidup kita ni macam mana. Ramai lagi orang biasa kat luar sana yang ada skandal semua.

"Beza dia mereka bukan artis. Tak perlu campur urusan peribadi dia dengan kerjaya. Ni sembang lebih-lebih satgi kena marah," tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram (IG).

Tambah pelakon drama Demi Rindumu, dalam kemelut itu masih belum diputuskan lagi siapa yang berada di pihak benar.

Justeru, seeloknya mendoakan yang baik kepada pasangan suami isteri itu.

"Isu-isu dalam kain ni kita tak tau sapa betul sapa salah.. Mai kena dekat hidung sendiri baru kita nak sedar.

"Jadi lebih baik doa kan yang baik-baik. Kita dok pulun kutuk sana kutuk sini pun tak guna. Silap-silap esok lusa depa laki bini baik balik," tulisnya lagi.

Pada Sabtu lalu, kecoh apabila Rossalennah mendedahkan Shuk masih lagi menjalinkan hubungan dengan wanita bernama Fara Salleh.

Jelas Rossalennah lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah wanita tersebut untuk meminta suaminya pulang ke rumah namun terpaksa beredar dengan hampa.

BACA: "Orang Lain Tidur, Aku Berkeliaran Cari Laki Aku" - Menangis Depan Pintu, Isteri Dedah Shuk Kembali Curang?

BACA: "Persilakan Kau Call Jabatan Agama Islam Selangor" - Fara Balas Kenyataan Isteri Shuk


Susulan isu itu, Shuk secara rasmi digantung perkhidmatannya menjadi deejay di stesen Hot FM berkuat kuasa pada Isnin (25 Januari 2021).

BACA: Terkait Isu Curang Kali Kedua, Shuk Sahar Digantung Perkhidmatan Penyampai Hot FM