Gaya Hidup
Tak Perlu Jauh-Jauh, 4 Lokasi Di Melaka Ini Dah Cukup Hasilkan Gambar 'Post Wedding' Yang Superb!
Kenapa mesti melaka lagi? Sudah la dekat, Melaka banyak lokasi-lokasi strategik yang menjadi tumpuan orang ramai untuk ambil gambar.
Malah baru-baru ini seorang jurugambar dikenali sebagai Akeen telah memuat naik gambar 'post' perkahwinan mereka dan ia menjadi perbualan ramai netizen.
Ini antara lokasi yang dikongsi oleh Akeen dan boleh dijadikan rujukan buat anda semua tidak kiralah untuk si bujang ataupun telah berkahwin.
#1 JONKER WALK
Jonker Walk antara lokasi paling popular di Melaka. Namun tidak ramai yang bijak menggunakan sepenuhnya lokasi ini untuk menghasilkan gambar menarik. Anda boleh cuba bereksprimentasi dengan lorong-lorong kecil di Jonker Walk. Gunakan sumber cahaya dan ruang gelap shadow bagi menghasilkan imej di atas.
Alamat: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
#2 ENCORE MELAKA
Lokasi ini paling baru di antara keempat-empat lokasi lain. Anda boleh lihat banyak gambar di Encore ini di media sosial. Namun cuba cari ruang sudut yang tidak begitu popular dan jadikan ia secantik gambar di atas.
Alamat: No. 3, Jalan KSB – Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200, Melaka.
#3 PANTAI KLEBANG 1
Satu lagi lokasi yang agak typical, namun ia masih memberi impak jika anda mengambil gambar wedding atau post wedding di sini. Nasihat kami, elakkan mengambil gambar ketika waktu tengah hari kerana ia akan menjadikan gambar kelihatan overexposed.
Alamat: Pantai Klebang, Melaka.
#4 PANTAI KLEBANG 2
Lokasi lama, tetapi masih membuatkan hasil gambar kelihatan seperti di luar negara. Anda boleh lihat bagaimana jurugambar ini mengambil gambar dengan komposisi yang menarik.
Alamat: Pantai Klebang, Melaka.
Must-Watch Video