Telefon pintar keluaran Apple iaitu iPhone sememangnya menjadi idaman semua pengguna.

Namun, satu perkara yang selalu menjadi penghalang pastinya harga iPhone tersebut yang selalunya dijual lebih daripada RM3,000.

Malah, harga berkenaan mampu mencecah hingga RM7,000 bergantung pada kapasiti storan iPhone itu sendiri.

Terbaru, terdapat ura-ura mengatakan Apple bakal mengeluarkan peranti terbaru dengan harga yang berpatutan.

Model tersebut dikenali sebagai iPhone 9 yang bakal menggunakan kerangka iPhone 8 bagi mengekalkan ciri telefon pintar bersaiz kecil.

Model ini dijangka hadir dengan saiz skrin 4.7-inci, fungsi TouchID serta material frosted glass atau kaca pada bahagian belakang.

Menerusi pendedahan dikeluarkan laman web Mac Rumors, Apple iPhone 9 dijangka mula ditawarkan dengan harga serendah $399 (RM1,632.47) untuk ruang storan 64GB.

Bakal diperkenalkan pada Mac ini, iPhone 9 ini hanya ditawarkan di beberapa negara terpilih saja.

Sama ada Malaysia turut tersenarai atau tidak, sama-samalah kita tunggu pengumuman rasmi di Apple.