Hiburan

"Tak Perlu Pulaukan Pesakit COVID-19 & Pesakit Gelang Pink" - Zulin Aziz Minta Semua Pihak Bagi Sokongan Moral

gempak
Zulaikha Yusof
02/12/2020
05:32 MYT
Sponsor Banner
"Tak Perlu Pulaukan Pesakit COVID-19 & Pesakit Gelang Pink" - Zulin Aziz Minta Semua Pihak Bagi Sokongan Moral
Pelakon Zulin Aziz memohon agar tidak memandang serong terhadap pesakit Covid-19 dan juga individu yang memakai gelang warna merah jambu (pink).
Menurut Zulin, 31, golongan tidak bernasib baik itu sepatutnya diberikan sokongan moral bukan dipulaukan sehingga emosi mereka terganggu.
"Pesakit yang positif Covid-19 bukan penjenayah, yang pakai gelang pink pun bukan penjenayah.
"Tak perlulah kita nak pulaukan mereka. Bukan masanya untuk salahkan mana-mana pihak.
"Jadi, sekarang ini berikan sokongan moral. Emosi mereka sangat terganggu. Ada yang kena halau dari rumah dan ada yang sampai tak nak kawan dengan mereka," katanya menerusi sebuah video di Instagram (IG).
Pemilik nama Farah Azleenda Abdul Aziz itu turut mengingatkan untuk menjaga kesihatan diri dan mematuhi Tatacara Operasi Standard (SOP) bagi mencegah wabak merbahaya itu.
Dalam pada itu, pelakon drama Suami Sebelah Rumah tersebut menyeru agar semua pihak mengubah stigma di samping mendoakan kesembuhan pesakit.
"Sepatutnya kita mendoakan yang baik-baik. Doakan supaya dijauhkan dari Covid-19, sembuhkan semua pesakit Covid-19 dan hapuskan virus Covid dari dunia ini.
"Mereka sangat perlukan sokongan dan doa. Sekali lagi saya nak pesan, pesakit Covid-19 bukan penjenayah.
"Yang penting jaga kesihatan. Makan vitamin, minum air kosong dan pakai face mask ketika berada di luar.
"Terlalu ramai masyarakat yang terkesan apabila mereka disahkan positif Covid-19.
"Sama-sama kita buka minda, beri mereka semangat, doa dan kita jaga kita. Come on Malaysia, we can do this," katanya lagi.
Baru-baru, Zulin mengakui dirinya merupakan kontak rapat kepada penyanyi dan aktor Alif Satar yang disahkan positif Covid-19 pada 22 November lalu.
Susulan itu, Zulin menjalani prosedur swab test dan kuarantin kendiri selama 14 hari.
BACA: Zulin Aziz Buat Swab Test, Kuarantin 14 Hari – “Saya Salah Satu Kontak Rapat Alif Di Set Penggambaran”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live