Laman Utama

Tak Perlu Vaksin? Suhaimi Saad Ajar Guna Cengkih Untuk Sembuh Covid-19

gempak
Syafiqah Jalal
02/06/2021
09:16 MYT
Sponsor Banner
Tak Perlu Vaksin? Suhaimi Saad Ajar Guna Cengkih Untuk Sembuh Covid-19
Bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad menunjukkan salah satu rawatan alternatif bagi merawat penyakit wabak Covid-19.
Kata Suhaimi sebelum ini dia dijangkiti demam, selesema serta batuk berpanjangan sehinggalah mencuba rawatan wap bunga cengkih yang dapat menyembuhkannya.
“Ini merupakan satu kaedah atau teknik rawatan alternatif selain pengambilan vaksin.
“Saya dah cuba, alhamdulilah baik sebab sebelum ni ada kena batuk dan selesema serta macam demam tak demam 3, 4 hari lepas.
“Masukkan air separuh periuk dan segenggam bunga cengkih selepas itu rebuskan kemudian guna corong atau penapis dan sedut wapnya ketika panas.
“Saya dah cuba ulang beberapa kali, insya-Allah tawakal pada Allah. Allah maha penyembuh,” katanya.
Suami kepada Ina Naim tu berkongsi perkara tersebut di dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Menurut Suhami, kaedah itu juga sudah terbukti dapat menyembuhkan pesakit Covid-19.
“Dah dibuktikan oleh pesakit yang positif Covid-19.
“Mubah,mudah,murah dan mustajab insya-Allah. Yakin bahawa Allah saja yang mampu menyembuhkan bukan makhluk,” kongsinya lagi.
Suhaimi terkenal dengan pendiriannya yang anti vaksin dan ubat-ubatan moden. Malah tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah sebaliknya hanya mengajar di rumah sebagai home school.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live