Laman Utama

Tak Pernah Cemburu Dengan Adik, Nabil Aqil Mahu Imran Aqil Lebih Berjaya

gempak
Azwa Rahman
19/11/2021
09:47 MYT
Sponsor Banner
Tak Pernah Cemburu Dengan Adik, Nabil Aqil Mahu Imran Aqil Lebih Berjaya
Pelakon dan bekas peserta Hero Remaja 2017, Nabil Aqil tidak menganggap adiknya, Imran Aqil yang merupakan peserta Hero Remaja 2020 sebagai persaingan dalam industri seni.
Nabil atau nama sebenarnya Muhammad Nabil Aqil Mohd Salehuddin, 23, sangat berbangga dengan pencapaian adiknya yang kini melakar kerjaya sebagai penyampai radio di sebuah radio swasta tempatan.
“Saya memang suka persaingan dengan adik saya tapi kami bersaing secara sihat. Sebenarnya nak kata bersaing tu tidaklah sangat. Saya dengan adik saya, we are one.
“One for all, all for one. Kami adalah satu, so saya bangga dengan dia, tak pernah cemburu dengan dia dan kalau boleh nak dia lagi besar,” ujar Nabil kepada Gempak.
Mengakui dirinya masih belum berpunya, Nabil mencari seseorang wanita yang boleh memahami dirinya.
“Ciri-ciri wanita yang saya cari, cukuplah dapat seseorang yang boleh layan saya dan faham saya. Tak nak mintak lebih-lebih, tak pernah dapat pun,” ujarnya berseloroh.
Menerusi satu perkembangan terkini, Nabil kini yang membintangi drama bersiri Hati Yang Dikhianati berasa lega apabila ia kembali setelah terhenti akibat Perintah Kawalan Pergerakan pada pertengahan tahun ini.
“Selepas tiga bulan tunda, getting back on set memang best la dapat kerja, alhamdulillah rezeki.
“Pengalaman bekerja dengan pengarah Bade memang best. Dia seorang yang laju, sangat profesional dan saya harap ini bukan naskhh terakhir saya bekerja dengan dia lagi,” tambahnya lagi.
Tonton drama bersiri Hati Yang Dikhianati pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di saluran Astro Prima atau strim sahaja di Astro Go.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live