Laman Utama

“Tak Pernah Gaduh Atau Saman Menyaman” - Linda Rafar Tak Ada Masalah Dengan Pihak Hospital

gempak
Mya Amri
11/02/2021
06:25 MYT
Sponsor Banner
“Tak Pernah Gaduh Atau Saman Menyaman” - Linda Rafar Tak Ada Masalah Dengan Pihak Hospital
Pelakon dan penyanyi Linda Rafar memberitahu tidak mempunyai masalah dengan pihak sebuah hospital di Shah Alam.
Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Linda memberitahu tidak pernah bergaduh dan kedatangannya di hospital itu untuk memberikan sumbangan juga disambut dengan ceria.
“Setiap hari ini lah tempat yang Linda serta adik-beradik datang setiap hari untuk jaga arwah mak.
“Sempena hari kelahiran Linda 11/2/1978 dengan rasa rendah hati ingin memberi tahu kepada semua masyarakat serta netizen kat luar sana yang Linda tidak pernah ada apa-apa masalah dengan pihak hospital sec7 Shah Alam.
“Kami tidak pernah bergaduh atau saman menyaman. Apa yang berlaku di luar sana adalah pihak yang menanguk di air yang keruh (cukup lah itu yang Linda ingin jelas kan)
“Syukur Alhamdulilah kedatangan Linda pada petang tadi di sambut dengan penuh keceriaan. Segala keikhlasan, tujuan serta niat adalah untuk di sedekahkan pahala ini khas untuk arwah mak (Rasimah binti Abd rahman),” coretnya.
Dalam pada itu, Linda juga turut mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan kerana pengorbanan dan usaha mereka membendung wabak pandemik COVID-19 tanpa mengira masa.
“Kepada barisan hadapan kami, terima kasih atas segala yang anda lakukan. Pengorbanan anda dalam malam tanpa tidur dan jadual harian yang tidak teratur memerlukan kekuatan yang amat tinggi.
“Terima kasih kerana berperanan besar dalam membendung wabak COVID-19 ini. Ramai pesakit telah anda bantu dari awal sampai akhir.
“Bantuan yang diberi kepada kami semua seolah-olah anda berjalan dalam api untuk menyelamatkan kami semua.
“Kami mengucapkan terima kasih atas kekuatan, dedikasi dan kasih sayang anda. Moga doa Linda ini kembali kepada anda. Amin,” tulisnya.
Terdahulu, Linda pernah memuat naik satu perkongsian di media sosial kerana berasa kesal atas layanan buruk seorang jururawat ketika arwah ibunya masih dirawat di sebuah hospital di Shah Alam tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live