Hiburan
Tak Puas Hati Cara Brad Pitt Layan Anak, Angelina Jolie Fail Cerai
Pelakon Hollywood terkenal, Angelina Jolie telah memfailkan permohonan penceraian terhadap suaminya, Brad Pitt.
Menurut laporan TMZ, Angelina memfailkan tuntutan berkenaan atas alasan tiada persefahaman selain mendapati terdapat konflik diantara suami dan juga anak-anak mereka.
Angelina juga menuntut hak penjagaan terhadap enam anak mereka dan permohonan penceraian tersebut dilakukan oleh aktres itu pada Isnin lalu.
Dalam pada itu menurut sumber terdekat keluarga tersebut, Angelina tidak berpuas hati terhadap layanan Brad Pitt kepada anak-anaknya.
Dia juga menganggap sikap panas baran lelaki itu sangat membahayakan anak-anaknya.
Tambah sumber itu lagi, tidak ada sebarang unsur pihak ketiga yang menyebabkan aktres itu memfailkan penceraian tersebut.
Sementara itu, peguamnya, Robert mengesahkan tentang penceraian itu melalui satu kenyataan.
“Keputusan yang dibuat ini adalah demi kebaikan keluarganya dan Angelina tidak akan mengulas mengenai hal tersebut.
“Dia juga meminta supaya diberikan sedikit privasi buat dirinya,” katanya.
Pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 selepas 10 tahun bersama.
Must-Watch Video