Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Tak Puas Hati Isu Curang, Netizen Kongsi Gambar Mesra Jofliam & Dewi?

Firdaus
05/10/2024 01:12 MYT
Khabar angin tentang perselingkuhan chef pizza, Jofliam seakan-akan tidak menemui titik noktah apabila dirinya dikatakan kelihatan mesra bersama pekerjanya iaitu Dewi semasa acara The Best Pizza 2024, yang berlangsung di Milan, Itali baru-baru ini.

Kantoi Bermesraan?

Dalam satu hantaran di Platform X, netizen berkongsi tangkap layar foto memaparkan aksi seorang wanita yang dipercayai sebagai Dewi sedang membetulkan rambut lelaki yang didakwa sebagai Jofliam.

Tangkap layar tersebut diperolehi menerusi posting di Instagram yang dibuat oleh Top 100 Pizza di mana akaun berkenaan berkongsi suasana semasa acara itu berlangsung.



Tidak terhenti di situ, nasib Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar, 36, umpama ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ apabila warganet turut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama isteri, Cik Epal yang disifatkan sebagai ‘kasar’.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan isterin malah pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.

BERITA TRENDING: “Saya Lebih Rela Diam Sekarang, Bukan Kalah Atau Mengiyakan Fitnah" - Dewi

BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: Bertegas Tak Curang, Jofliam Dedah Cik Epal Pernah Datang Cuba Betulkan Keadaan - "Dia Yang Nak Tackle Saya Semula"

BERITA TRENDING: Jofliam Dakwa Sudah Lafaz Taklik, Ini Respons Cik Epal - “Buat Masa Sekarang Saya…”

​BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: “Yang Menghancurkan ‘Masjid’ Saya Adalah Kakak Saya” - Jofliam

Jofliam bagaimanapun mendedahkan dia telah melafazkan taklik sekali dan masih menunggu keputusan mahkahmah untuk mengesahkan status rumah tangganya.

Kemudian, tular pula swafoto memaparkan Jofliam bersama seorang staf perempuannya yang dipercayai Dewi

Namun, Jofliam yang terkenal dengan Pizza Wagyu menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Dewi seperti yang didakwa ramai.
#Kontroversi #Netizen #Selebriti #hiburan #Curang #Dewi #Jofliam
;