Penyanyi kelahiran Singapura, Andry Darwisy tidak berputus asa untuk mencuba nasib dalam pelbagai pertandingan nyanyian.
Dicungkil dari Youth Got Talent pada 2012, Andry yang menjuarai pertandingan Who’s The Boss Singing Competition tahun lalu pernah mencuba nasib lagi dalam beberapa pertandingan lain seperti Dangdut Academy Asia (2018), Anugerah (2021) dan Warna 94.2 Singing Competition (2021).
Bagi Andry tidak ada istilah putus asa dalam kamus dirinya, sebaliknya menjadikan platform pertandingan itu sebagai medan untuk membina keyakinan diri.
"Bagi saya menyertai pertandingan bukan sahaja untuk keyakinan diri saya, tetapi juga untuk mencabar diri sejauh manakah kemampuan saya. Seperti pepatah yang mengatakan ‘you’re only as good as your last achievement’.
"Sebagai contoh, penyanyi terkenal yang pada masa kini masih relevan seperti Tomok, Jatt Ali, Jaclyn Victor, Fuad Rahman dan sebagainya. Walaupun mereka sudah dianggap sebagai legenda, mereka tetap mencabar diri dengan menyertai program Gegar Veganza.
"Jadi, untuk orang baharu seperti saya, tidak salah untuk menyertai apa saja pertandingan. Bukan saja untuk menonjolkan bakat yang ada, tapi dalam masa sama dapat mengasah skil nyanyian itu.
"Selain itu, pertandingan nyanyian juga adalah kesempatan dan peluang terbaik untuk kita menguji diri dengan cabaran lain terutama daripada peserta yang turut bertanding. Dari situ juga kita dapat belajar sesuatu yang baharu," katanya.
Kelebihan dan bakat nyanyian dimiliki Andry melayakkan dia untuk muncul dengan single sulung, Rela Aku Rela yang sudah dilancarkan secara rasmi di semua platform muzik digital sejak 27 Oktober.
Andry berkata, lagu ciptaan Wanz Baronz itu diharap dapat mencipta magis bukan saja dalam kerjaya nyanyian tapi juga secara peribadi.
"Alhamdulillah, selepas memenangi pertandingan nyanyian Who’s The Boss Singing Competition anjuran Boss Production pada tahun lalu, saya kini artis di bawah naungan Boss Production.
"Syukur, single pertama saya, Rela Aku Rela sudah dilancarkan secara rasmi. Lagu ini mendapat sentuhan oleh Wanz Baronz yang juga pengubah lagu yang dinyanyikan oleh beberapa artis terkenal seperti Saleem, Kristal, Wany Hasrita dan Awis Spin," katanya.
Amri Hassan
Sun Nov 13 2022


“Kami Maafkan, Lepas Ni Nak Buat Lawak…” - Didie Alias Bagi Warning, Jangan Buat Lawak Libatkan Negara
Bila otai dah bersuara

“Kerana Ia Mengundang Fitnah” - JHEAT Beri Nasihat Kepada Duda Sado Jual Durian Tak Pakai Baju
Nasihat yang berguna

Kuasa Penyejuk Level 7! Jenama #1 Terbaik Dunia Ini Boleh Rawat Mata Korang Yang Letih
Manjakan mata korang dengan Rohto Extra Cool Eye Drops!

Kekasih Bekas Pemain Bola Kebangsaan Dibelasah & Dicampak Ke Lantai, Ini Pula Cerita Dari Sumber Yang Dipercayai – “Memang Sering ‘Naik Tangan’ Bila…”
Ini Pula Cerita Dari Sumber Yang Dipercayai

Dapat 7A1, Neelofa Imbas Kenangan Ambil Result SPM 15 Tahun Lepas - "Ketika Tu Semua Tak Pandang Straight A Tapi Berapa A1?"
Bekas pelajar MRSM Langkawi

“Saya Suka Karisma Dan Karakter Beliau” - Aedy Ashraf Teringin Berlakon Filem Biopik, Idam Watak Khairy Jamaluddin
Lovenya kalau Aedy jadi KJ.

Murah Hati! Iman Troye Offer RM300 Kepada Pelajar SPM 2022! - "Mahu Beri Motivasi Supaya ..."
Tahniah buat semua pelajar SPM yang lulus cemerlang.

“Jika Kamu Rasa Ujianmu Sebesar Kapal, Ketahuilah…” - Ayu Raudhah Beri Semangat Kepada Zaquan Adha
Semoga cepat sembuh Zaquan Adha!

Hebat Dalam Mobilegraphy? Serlahkan Bakat Itu Dengan Sertai Zoom Into Malaysia, HUAWEI XMAGE Awards 2023 & Menangi HUAWEI P60 Pro Dan Banyak Lagi!
HUAWEI XMAGE Awards 2023 & Menangi HUAWEI P60 Pro Dan Banyak Lagi!

Kemalangan Jeremy Renner Buat Chris Hemsworth Fikir Tentang Mati
Chris Hemsworth mengaku kemalangan yang menimpa sahabat seperjuangannya, Jeremy Renner telah mengubah cara pemikirannya.