Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tak Putus Asa! Ras Adiba Terus Menyeru Zalina Azman Pulang - "Telefon Deep Ya Zal, Pulanglah ..."

Amri Hassan
02/01/2023 05:45 MYT
Lebih lima bulan berita tentang kehilangan personaliti televisyen Zalina Azman kecoh dan menjadi tajuk utama di pelbagai platform media.

BACA: "Where Are You Zally?" - Bekas Personaliti TV3 Zalina Azman Hilang Sejak November 2021

BACA: Pernah Temu Ramah Nelson Mandela, Semak 7 Fakta Menarik Tentang Zalina Azman


Dan dari detik itu juga rakan baiknya, Ras Adiba Radzi tidak putus-putus menyeru kepulangan Zalina yang akrabnya disapa Zal.

Memasuki tahun 2023, Ras Adiba masih percaya, Zalina akan pulang semula, memeluknya erat.

"Sudah memasuki tahun baharu dan kami masih belum menemui kamu, terlalu banyak gosip dan berita palsu bergulir mengenai kamu tapi saya takkan berputus asa.

"Jadi sekiranya Zal membaca mesej ini, tahulah yang Deep rindu kat Zal & Deep harap Zal akan cari Deep. Telefon Deep ya, Zal. Pulanglah," tulisnya di hantaran Instagram.

A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi)


Doa turut diutuskan peminat kedua-dua personaliti televisyen itu dan berharap Zalina akan ditemui dalam masa terdekat.

"Hilang kawan ketika masih hidup sangat menyeksakan. Saya pun doakan Kak Zally akan menghubungi kamu dan kembali bersama," tulis salah seorang pengguna.

"Aduhai, bertabahlah Senator Deep. Teruskan berdoa agar Kak Zally selamat dan terbuka pintu hati untuk call you," sahut pengguna lain pula.

Pada 18 Julai lalu, media melaporkan polis giat mencari Zalina yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Mohd Iqbal berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina, Mikhael Norman, 33, berhubung kehilangan ibunya pada 29 November tahun lalu.

Zalina dilaporkan hilang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November bagi memaklumkan bapa personaliti televisyen itu dimasukkan ke hospital.

#Viral #Ras Adiba Radzi #Personaliti Televisyen #Hilang #Zalina Azman