Laman Utama

"Tak Rasa Nak Rujuk, Tak Mahu Nak Pujuk" - Farid Kamil

gempak
Syafiqah Jalal
22/08/2023
03:06 MYT
Sponsor Banner
"Tak Rasa Nak Rujuk, Tak Mahu Nak Pujuk" - Farid Kamil
Aktor Farid Kamil, 42, bulat dengan pendiriannya bahawa tiada lagi proses memujuk untuk rujuk kembali bekas isterinya, Diana Danielle, 32.
Malah Farid berserah pada jodoh jika dia bertemu dengan pengganti suri hidupnya kelak.
"Saya tak tahu perancangan Allah. Jodoh, ajal dan maut semua Allah yang tentukan. Saya jalani dengan lapang dada.
"Buat masa ini tidak ada rasa nak rujuk kembali. Pujuk juga tidak.
"Sebenarnya masa depan ini telah tertulis. Jadi apa yang ditakdirkan saya terima sahaja.
"Saya sebagai hamba akan menjalani kehidupan seperti biasa malah mesyukri segalanya," katanya kepada Gempak.
Memulakan kehidupan baharu dengan kembali solo selepas perceraiannya dengan Diana Danielle pada 10 Ogos lalu, Farid reda.
"Ini pengalaman yang baru. Saya perlu tempuh dengan keredaan dan kerelaan hati yang pasti saya tahu saya tetap disayangi.
"Mula-mula saya hidup sendiri (solo), bersama dan sendiri pula. Ini satu perjalanan hidup.
"Saya selalu video call dengan anak-anak. Saya tak sempat komunikasi dengan Diana. Kami belum komunikasi secara direct. Kami komunikasi melalui pihak peguam. Cuma, saya harap satu hati kami dapat komunikasi demi anak-anak," kongsinya.
Semalam, Diana mendapat hak jagaan anak sepenuhnya terhadap dua orang anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 oleh hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Zulfikri Yasoa pada petang Isnin.
Terdahulu Farid melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Syukran Yusof, menerusi Google Meet memandangkan pelakon filem Anwar itu tidak menghadirkan diri ke mahkamah.
Kontroversi rumah tangga pasangan ini timbul selepas Diana memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024