Pengasas kosmetik yang dikenali dengan panggilan Kak Belle memberikan respon terhadap komen netizen yang menuduh dirinya mendakwa pelakon Wawa Zainal memplagiat rekaan pembungkusan produknya.

Menerusi platform media sosial Tik Tok miliknya, Bella memberikan penjelasan mengenai perkara itu selain menyatakan permohonan maaf secara terbuka.

“Bagi pihak Hermosa, saya ingin meminta maaf berkenaan dengan posting saya baru-baru ini kerana ia tidak ditangani dengan baik.

“Sebenarnya saya tak merujuk kepada mana-mana produk pun, untuk rekaan itu adalah secara kebetulan, jadi atas sebab itu kami sangat-sangat memohon maaf dan kami akan cuba yang terbaik untuk menangani isu ini.

“Saya benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana mengetengahkan isu ini kepada pihak kami. Kami akan pastikan situasi seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan.

“Saya tidak ada sebarang niat untuk menjatuhkan mana-mana pihak sebab saya buat rekaan itu dah lama cuma saya terkejut bila ada orang buat packaging yang sama,” jelasnya.

@kak.belle

♬ original sound - dalia

Terdahulu, kecoh di Tik Tok apabila Wawa dituduh memplagiat rekaan pembungkusan produk kosmetik lain.

Perkara itu bemula apabila video pendek daripada pengasas produk itu menyatakan warna dan rekaan yang hampir menyerupai pembungkusan produk miliknya.

Malah dia juga turut membuat perbandingan kedua-dua produk tersebut di dalam video berkenaan dan menerima pelbagai reaksi netizen.

Bagaimanapun netizen kurang bersetuju dengan pandangannya dan menegaskan rekaan sebegitu boleh diambil inspirasi daripada platform Pinterest.