Drama bersiri Pelindung Seorang Puteri bakal melabuhkan tirainya dengan episod akhir hari ini.

Drama adaptasi novel itu mendapat tempat di hati ramai peminat yang menontonnya meskipun jalan ceritanya sudah diketahui melalui naskhah asal.

Menerusi kemas kini terbaharu pelakon utamanya, Lisa Surihani di Instagram telah memuat naik sedutan episod akhir drama itu.

Raya-rata memberi komen teruja untuk menyaksikan episod 16 drama tersebut.

“Tak sabar nak tunggu, walaupun ada novelnya sebab nak tengok Sharnaaz Ahmad.

“Takut nak tengok episod akhir...

“Tak sabarnya nak tengok! Geram dengan bekas mertua dari neraka tu...entah bila nak insaf,” komen

View this post on Instagram

Esok pd hari Isnin jam 10mlm , Astro Ria akan menayangkan episod terakhir bg drama bersiri Pelindung Seorang Puteri #pelindungseorangputeri . Terbitan @suhanmovies @iamrosyam . Arahan @yusryabdhalim . Dibintangi oleh: @lisasurihani @faridkamilz @sharnaazahmad @haleedamazlin @arashmohd30 @wannorazlin_307 @hrisbismail @jasmine_suraya @ezzatyabdullah @nadiyah.shahab @zainhamid @norreen143 @faeznick @fishfazil . Dan ramai lagi. @bambam_studios . #pelindungseorangputeri #megadrama #astroria #astroriahd #suhanmovies #legend

A post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on


Drama bersiri Pelindung Seorang Puteri merupakan sebuah lagi naskhah adaptasi novel yang mengangkat genre romantik thriller terbitan pihak Astro Ria dengan kerjasama syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Drama 16 episod itu turut menampilkan pelakon seperti Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, PU Riz , Zain Ruffedge, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

Drama Pelindung Seorang Puteri mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.

Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh.

Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut?

Saksikan Pelindung Seorang Puteri episod akhir pada jam 10.00 malam ini menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Istimewa buat para pelanggan Pakej NJOI, episod pertama drama bersiri ‘Pelindung Seorang Puteri’ akan turut disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama bersiri ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.