Hiburan

"Tak Salah Impikan Anugerah Oscar, Jangan Perlekeh Anugerah Tempatan" - Rosyam Nor

gempak
Ainun
15/10/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
"Tak Salah Impikan Anugerah Oscar, Jangan Perlekeh Anugerah Tempatan" - Rosyam Nor
Pelakon tersohor, Datuk Rosyam Nor beranggapan tidak perlu masyarakat bersikap pesimis seandainya ada individu yang memasang impian tinggi termasuk mahu menggenggam trofi Oscar.
Jelas Rosyam, 57, rakyat Malaysia pernah membuktikan bahawa tidak mustahil untuk berada di pentas antarabangsa dan cemerlang hingga berjaya menjulang anugerah tertinggi dalam industri sebelum ini.

"Tidak salah untuk kita bermimpi untuk memenangi Oscar. Tan Sri Michelle Yeoh telah membuktikan kejayaan itu, namun anugerah yang ada di negara ini tidak perlulah diremehkan.

"Seperti kata orang tua-tua, masuk kandang kambing kita mengembek, masuk kandang lembu kita menguak. Jadi, janganlah memandang rendah anugerah yang ada di negara kita. Mereka telah berusaha keras untuk memajukan industri ini, bukan?" katanya kepada Gempak.
Namun, Rosyam menasihati golongan karyawan agar tidak memperlekehkan anugerah yang sedia ada di Malaysia.
“Anugerah ini sebenarnya untuk memeriahkan dan mengukur pencapaian dalam bidang masing-masing.
“Biasanya, apa yang kita capai di negara kita akan mencerminkan persepsi di luar negara. Kalau mempunyai fikiran seperti memperkecilkan anugerah di Malaysia, tak perlulah bekerja di Malaysia, terus sahaja berlakon di luar negara,” jelasnya.

BERITA TRENDING: Kekal Positif, Perceraian Artis Tak Buat Azira Shafinaz Takut Kahwin - “Setiap Orang Lalui Kesukaran Hidup…”

BERITA TRENDING: Peluk, Cium Pelajar Perempuan 12 Tahun, Polis Tahan Guru Penolong Kanan

BERITA TRENDING: Bella Astillah Perjelas Hantaran Di Instagram, Tolak Dakwaan Akan Kembali Bersama Aliff Aziz - “Sebenarnya Saya Takut Juga…”

BERITA TRENDING: Empat Band Popular Bakal Gamatkan Pentas Destiny Of Music 2.0!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024