,
Hiburan

Empat Band Popular Bakal Gamatkan Pentas Destiny Of Music 2.0!

Amri Hassan
15/10/2024
10:05 MYT
Susulan sambutan luar biasa terhadap Konsert Destiny of Music pada bulan Jun lalu, syarikat B De Paris Project selaku penganjur utama dan Sinemalis Studio dan Westzone Entertainment selaku penganjur bersama dengan berbesar hati membawakan edisi kedua Konsert Destiny of Music 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada 15 November 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.
Kembali lebih bertenaga dengan persembahan pentas yang pastinya memukau, Konsert Destiny of Music 2.0 bakal menampilkan empat band popular tanah air iaitu Akim & The Majistret, Kugiran Masdo, Empty Page dan Insomniacks yang akan menghiburkan para penonton dengan lagu-lagu hits mereka selama dua jam tanpa henti.
Mengulas lanjut mengenai Konsert Destiny of Music 2.0, Burhan Ahmad selaku Ketua Pegawai Eksekutif, B De Paris Project yang juga merupakan penganjur konsert berkata kejayaan konsert julung kali diadakan beberapa bulan lalu mendorong mereka untuk terus menganjurkan edisi kedua.
"Kejayaan dan penerimaan positif yang diterima sewaktu penganjuran edisi yang pertama baru-baru ini telah mendorong kami untuk terus menganjurkan lebih banyak konsert-konsert sebegini.
"Selain dapat mengukuhkan lagi kedudukan B De Paris Project dalam industri hiburan tempatan, penganjuran ini juga mampu memartabatkan serta memberi inspirasi kepada penggiat seni tempatan menerusi platform yang ada sekaligus membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa hadapan.

"Kami juga amat berbesar hati di atas kesudian barisan artis seperti Akim & The Majistret, Kugiran Masdo, Imsoniacks dan Empty Page yang sudi bekerjasama dengan kami untuk menjayakan konsert ini.

"Oleh kerana Konsert Destiny of Music 2.0 merupakan kesinambungan daripada konsert yang diadakan sebelum ini, kami sepasukan telah bekerja keras untuk membuat perancangan rapi bagi memastikan agar penganjuran kali ini jauh lebih baik daripada yang pernah dianjurkan.
"Kami berharap konsert ini bakal berlangsung dalam suasana gemilang seperti yang dirancang sekaligus membekaskan impak yang mendalam. Jadi, jangan tunggu lagi kerana kami menawarkan harga tiket yang berpatutan, sesuai untuk semua golongan peminat termasuk pelajar, pihak korporat dan sebagainya," ujarnya.
Tiket untuk menyaksikan Konsert Destiny of Music 2.0 akan mula dijual dengan harga yang berpatutan serendah RM55 (Silver), RM85 (Gold), RM135 (Diamond), RM155 (Platinum) dan RM285 (VIP) bermula hari ini, 10 Oktober 2024, jam 12:00 tengah hari di platform rasmi ticket2u https://www.ticket2u.com.my/
Penganjuran Konsert Destiny of Music 2.0 turut diserikan dengan kehadiran Zai Sri Gemilang selaku Rakan Strategik dan Oh My Media selaku Rakan Media Rasmi.
Sebarang maklumat lanjut mengenai penganjuran konsert ini juga akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Asmara Loka Tampilkan Insomniacks, Drama Band, Aizat Amdan & 6ixth Sense!

gempak
13/10/2024
16:09 MYT
Setelah menjayakan Kotak Muzik Kita di Galasa Caldwell, Ipoh tahun lepas dan juga siri jelajah Pentas Healing bersama komuniti Gamon Society ke Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka, Fuse Creative Digital Media dengan berbesar hatinya ingin mempersembahkan ASMARA LOKA, sebuah acara muzik yang bakal diadakan pada 9 November 2024 di Ipoh Co
Hiburan

Afgan Anggap Penyanyi Hulur Mikrofon Kepada Penonton Bukan Pemalas! - “Selalunya Itu Adalah Tindakan…”

gempak
12/10/2024
18:55 MYT
Menurut pelantun  lagu Untukmu Aku Bertahan itu, sebagai penyanyi kadang kala mereka juga mahu mendengarkan peminat 'sing along' dan menikmati momen tersebut bersama.
Hiburan

Bakal Adakan Konsert Skala Besar Di Malaysia, Sal Priadi Perlukan Persiapan Lebih Rapi - "Secara Jujurnya, Saya Gementar Memikirkan..."

gempak
10/10/2024
12:55 MYT
Penyanyi Indonesia, Sal Priadi, mengakui berasa bimbang untuk mengadakan persembahan di Malaysia buat kali pertama memandangkan ia akan diadakan dalam skala yang lebih besar.
Hiburan

Kugiran Masdo Sekali Lagi Cipta Sejarah, Tercalon Dalam Kategori Best Asia ACT Di MTV EMA - “Kami Sememangnya Mencari…”

gempak
10/10/2024
02:55 MYT
Lagi sekali, kumpulan pop popular Malaysia iaitu Kugiran Masdo mencipta sejarah apabila berjaya mewakili Malaysia dalam kategori Artis Asia Terbaik di Anugerah MTV EMA 2024 di Manchester, England pada 11 November ini.
Hollywood

Boyz II Men Kembali Ke Kuala Lumpur Tahun Depan!

gempak
09/10/2024
19:40 MYT
Kumpulan legenda R&B, Boyz II Men akan kembali ke Kuala Lumpur sempena Boyz II Men Live In KL di Megastar Arena pada 25 Mei 2025.
BorakSeeni