Viral

Tak Sampai 15 Saat, Kos Hukuman Gantung Di Malaysia Mahal - “Macam Tak Berbaloi…”

gempak
Ainun
24/07/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Tak Sampai 15 Saat, Kos Hukuman Gantung Di Malaysia Mahal - “Macam Tak Berbaloi…”
Seorang pengguna di aplikasi X berkongsi kos hukuman gantung pesalah di Malaysia yang didakwa mencecah RM1,975 seorang.
Lebih bertambah kos seandainya mayat pesalah yang menerima hukuman gantung tidak ditutut dan kerajaan perlu menanggung kos tambahan lagi berjumlah RM800.

"Kos untuk menghukum gantung seseorang di Malaysia ialah RM1,975. Kerajaan akan menanggung kos tambahan sebanyak RM800 jika mayat pesalah tidak dituntut keluarga. Keseluruhan proses penggantungan hanya mengambil masa 15 saat," kata pemilik akaun itu.

Netizen

Perkongsian itu tular selepas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihukum gantung kerana membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.
“Gantung? Seterika balik je enam pesalah itu. Macam mana mereka buat dekat arwah, buat balik macam itu.

“Macam tak berbaloi sakit 15 saat je. Enam tertuduh itu patut kena seksa guna seterika sampai mati.

“Mahal juga nak dekat 2K. Subcon jugak ke?,” ulas netizen di aplikasi X.

BERITA TRENDING: Hampir 20 Hari Diseksa Beramai-Ramai, 6 Tertuduh Dihukum Ke Tali Gantung, Ini Kronologi Kes Zulfarhan…

BERITA TRENDING: “Kes Sebegini Paling Jarang Ditemui” - Hakim

BERITA TRENDING: “Terima Kasih Allah SWT Kerana Telah Memakbulkan Doa Kami” – Bapa Zulfarhan

BERITA TRENDING: 6 Bekas Penuntut UPNM Ke Tali Gantung, Bunuh Zulfarhan

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ke atas enam bekas penuntut UPNM yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail memberitahu dengan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam tertuduh itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live