,
Berita

Hampir 20 Hari Diseksa Beramai-Ramai, 6 Tertuduh Dihukum Ke Tali Gantung, Ini Kronologi Kes Zulfarhan…

Asyikin Mayudin
24/07/2024
03:55 MYT
Keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam tertuduh yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu membuatkan seluruh rakyat Malaysia melahirkan rasa syukur.

Arwah Dapat Keadilan

Biarpun mengambil masa selama tujuh tahun, namun semua orang berasa puas hati apabila Allahyarham mendapat keadilan yang sepatutnya.
Jom kita semak semula kronologi kes Zulfarhan Osman Zulkarnain yang bermula dengan kehilangan sebuah laptop hilang di UPNM.
13 Mei 2017

Khidmat bomoh digunakan untuk mengesan siapa pencuri laptop itu. Nama arwah disebut bomoh itu. Zulfarhan dipukul kali pertama di Bangunan Jebat, Asrama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana disyaki mencuri komputer riba rakannya. Mangsa tak mengaku.

20 Mei 2017
Mangsa kemudian dipanggil pada pukul 3 pagi ke bilik 4-10 Bangunan Jebat, Asrama UPNM untuk disoal siasat berkaitan kehilangan komputer. Mangsa menafikan tuduhan dan telah dipukul beramai-ramai oleh 20 hingga 30 orang pelajar menggunakan objek seperti seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sehingg 11 pagi, 21 Mei.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kes Sebegini Paling Jarang Ditemui” - Hakim

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima Kasih Allah SWT Kerana Telah Memakbulkan Doa Kami” – Bapa Zulfarhan

27 Mei 2017
Mangsa yang dalam keadaan lemah dibawa ke sebuah klinik swasta di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi untuk mendapatkan rawatan menggunakan kenderaan persendirian.
Kemudian mangsa telah dibenarkan pulang dan perlu menjalani rawatan lanjut pada 31 Mei.
30 Mei 2017
Mangsa dihantar ke sebuah kondominium di Bangi untuk berehat oleh dua suspek yang membulinya.
1 Jun 2017
Bagaimanapun, mangsa telah meninggal dunia pada pukul 9.10 malam di kondominium berkenaan sebelum pengawal keselamatan memaklumkan kepada polis. Zulfarhan dihantar ke Hospital Serdang dengan ambulans sebelum disahkan kematiannya.
14 Jun 2017
Seramai 19 orang pelajar UPNM yang dipercayai terlibat dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan. Bagaimanapun kesemuanya mengaku tidak bersalah.
ARTIKEL BERKAITAN:
ARTIKEL BERKAITAN:
Enam daripada mereka dituduh membunuh dan bersubahat membunuh. Mereka dituduh menggunakan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan mendapat hukuman mandatori jika sabit kesalahan.
14 Ogos 2017
Perbicaraan kes sepatutnya diadakan ditunda pada 15 September 2017 setelah ditolak Jabatan Peguam Negara. Perbicaraan ini ditolak kerana representasi lima penuntut tidak lengkap.
29 Januari 2018
Hari pertama perbicaraan di Mahkamah Tinggi namun tertuduh mengaku tidak bersalah.
23 Januari 2018
Perbicaraan disambung dan saksi terlibat iaitu rakan rapat Zulfarhan semasa di Sekolah Teknik Johor Bahru. Saksi memberi keterangan seterika yang digunakan dalam kejadian adalah miliknya dan merupakan item utama dalam kes ini.
Jun 2019
Mahkamah menetapkan 8 Julai 2019 sebagai tarikh mendengar hujah tentang pendakwaan 19 orang pelajar UPNM yang terlibat.
8 Julai 2019
Mahkamah Tinggi menetapkan 31 Julai 2019 untuk keputusan kes.
31 Julai 2019
Seramai 18 orang penuntut UPNM yang berusia 25 tahun diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman.
Keputusan dibuat Hakim, Datuk Azman Abdullah yang mendapati pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.
Pertuduhan terhadap enam tertuduh dibuat di bawah Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Baki 12 yang lain pula dibicarakan di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: 6 Bekas Penuntut UPNM Ke Tali Gantung, Bunuh Zulfarhan

ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew Lawat Pusara & Keluarga Arwah Zulfarhan Osman, Beri Hadiah Pakej Umrah - “Dia Bercita-Cita Bawa Keluarga Pergi Mekah”

Susulan itu, bapa Zulfarhan dilihat melakukan sujud syukur di luar kamar selepas mendengar keputusan hakim.
Hanya seorang tertuduh bebas mutlak iaitu Muhammad Akmal Akif Alias yang dilepaskan tanpa dipanggil membela diri bagi pertuduhan mencederakan mangsa.
2 Oktober 2019
Mahkamah mengarahkan 18 dari 19 tertuduh dalam kes kematian Zulfarhan membela diri. Kes membela diri bermula di mana 20 saksi memberi keterangan.
8 April 2021
Pembelaan menutup kes.
29 dan 30 September 2021
Penghujahan akhir kes pembelaan.
2 November 2021
Keputusan akhir dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah yang mana enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh.
Seramai 12 yang lain pula didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas enam penuntut UPNM yang didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat.
Keenam-enam tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika disabitkan bersalah.
12 lagi tertuduh yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham Zulfarhan dikenakan hukuman penjara tiga tahun.
3 Januari 2024
Dalam satu temu ramah portal berita tempatan, ibu Allahyarham Zulfarhan, Hawa Osman menyatakan beliau bukan tidak reda namun tidak boleh terima cara arwah didera.
Malah sehingga ke saat itu beliau dan suami, Zulkarnain Idros trauma menggunakan seterika untuk menggosok pakaian mengenangkan penderitaan dilalui anak sulung mereka.
Zulkarnain berkata, selepas kematian anaknya itu, beliau 'mengharamkan' keturunannya tidak kira anak atau cucu untuk memasuki UPNM.
14 Mei 2024
Timbalan Pendakwa Raya, Solehah Noratikah Ismail selaku responden dalam rayuan silang ini berkata, dapatan hakim Mahkamah Tinggi menyatakan berlaku kecederaan terhadap Zulfarhan menunjukkan ia dilakukan oleh perayu-perayu berkenaan.
Beliau menghujahkan bahawa, elemen pertuduhan telah dibuktikan, yang mana ia adalah berdasarkan kehilangan komputer riba sehingga menjurus kepada kejadian pukul.
Katanya, tiada sebarang percanggahan material yang menunjukkan keterangan melimpah ruah terhadap semua perayu, melibatkan kecederaan kepada Zulfarhan.
Bagi kes pemerasan pula, Zulfarhan dituduh mencuri dan kejadian mencederakan tubuh mangsa, berlaku bagi mendapatkan pengakuannya.
Mahkamah mendengar rayuan silang 12 orang pelaku yang menyebabkan kecederaan kepada Allahyarham Zulfarhan.
16 Mei 2024
Mahkamah menyampaikan keputusan terhadap rayuan 12 lagi bekas penuntut universiti sama yang dihukum penjara tiga tahun kerana mencederakan Zulfarhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan.
Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.
23 Julai 2024
Hukuman penjara 18 tahun ditolak, 6 tertuduh digantung sampai mati
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula tuduhan bunuh terhadap mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mahkamah memutuskan hanya satu hukuman terhadap keenam-enam OKT iaitu mereka perlu dibawa ke suatu tempat penggantungan di mana di sana mereka akan digantung sampai mati.
"Rayuan pendakwaan dibenarkan, hukuman penjara selama 18 tahun ditolak," kata Hadhariah yang bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.
Sumber - BH
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zubir Khan Janji Jumpa Keluarga Zulfarhan Dalam Masa Terdekat - "Sebenarnya Saya Takut Saya Terlalu Sedih Nanti..."

gempak
10/08/2024
07:55 MYT
Penyanyi yang semakin meningkat naik ini turut berkata, dia juga telah menghantar pesanan menerusi WhatsApp kepada adik arwah Zulfarhan mengenai hasratnya itu.
Berita

Dah Terlambat Nak Mohon Maaf, Ibu Bapa Zulfarhan Enggan Jumpa Keluarga Tertuduh – “Cukuplah…Kenapa Tunggu Sekarang?”

gempak
04/08/2024
11:25 MYT
Keluarga Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak mahu untuk berjumpa dengan keluarga tertuduh kerana menyifatkan ia sudah terlambat.
Viral

Syukur Kes Zulfarhan Sudah Berakhir, Ramai Harap Agar Kematian Amirul Nashriq Turut Mendapat Pembelaan Sewajarnya

gempak
29/07/2024
12:15 MYT
Seluruh rakyat Malaysia melahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan memutuskan keenam-enam tertuduh yang mengakibatkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Berita

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tidak Setuju SUHAKAM Bantah Hukuman Mati Penuntut UPNM

gempak
27/07/2024
03:43 MYT
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Berita

“Mana Suhakam Ketika Anak Saya Dibunuh?” - Ibu Bapa Zulfarhan

gempak
26/07/2024
09:29 MYT
Bapa kepada arwah Zulfarhan, Zulkarnain Idros, 60, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkaitan kenyataan yang membantah hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan terhadap enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh anaknya.