Seperti kebiasaan, pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur sering meraikan setiap perayaan dengan menampilkan dekorasi menarik.

Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang menjelang, pusat beli belah terkenal itu menarik perhatian ramai apabila menampilkan video tiga dimensi (3D) seekor lembu dicat emas dan kelihatan seakan keluar dari skrin.

Pada mulanya, pengguna Facebook, Raymond Ngan berkongsi video tersebut dan kemudiannya menjadi tular.



Bukan sekadar menampilkan elemen seni menggunakan teknologi moden, video itu juga mempunyai mesej berguna untuk semua.

Sebelum lembu yang dicat emas itu melompat keluar, mesej bertulis "Together Fight Against COVID-19" muncul pada skrin tersebut.

Meninjau reaksi netizen di Twitter, rata-rata mereka berasa kagum dan memuji hasil kerja mereka yang terlibat dalam penghasilan video 3D itu. Malah, ada juga yang terkejut dan seakan tidak percaya hasil kerja sebegitu sudah ada di negara kita.
Selain paparan video lembu emas tersebut, Pavilion Kuala Lumpur turut menampilkan patung lembu emas dalam pusat beli belah itu sehingga bulan hadapan.

Kredit Foto : Paparan skrin daripada video Raymond Ngan (Facebook)