Penyanyi dan penulis lagu, Aisha Retno kini tampil dengan single yang bertajuk ‘Cukuplah’ dan ‘Teduh’ bersama mini album yang diberi nama A.R.

A.R merupakan nama singkatannya Aisha Retno dan mini album itu mengandungi enam buah lagu termasuklah lagu hits seperti Pencarianku.

Antara senarai lagu dalam mini albumnya adalah Pencarianku, JARAK, Ternoktah, SUTERA dan terbaru ialah Cukuplah dan Teduh. Kesemua lagunya telah diedarkan di bawah syarikat rakaman antarabangsa Sony Music Entertainment Malaysia.

“EP ini merupakan impian saya dalam karier ini yang pastinya mahukan terbaik. Tetapi apa yang penting ia juga merupakan hadiah yang sangat bermakna untuk peminat saya yang tidak pernah berhenti menyokong saya dalam industri ini.

"Saya rasa sangat teruja dan terharu lagu ‘Cukuplah’ dan ‘Teduh’ kini telah berada di seluruh saluran digital platform (Digital Stream Platform) pada hari ini.

"Cukuplah" adalah lagu yang penuh dengan makna, menggambarkan kesadaran dan nasihat kepada diri sendiri. Lagu ini memberi mesej yang positif bahawa kita seharusnya memiliki keyakinan pada diri sendiri dan tidak selalu berusaha untuk memenuhi harapan orang lain.

"Kita sepatutnya yakin pada diri sendiri. Kesempurnaan itu tidak semestinya menjamin kebahagiaan. Kadang-kadang kita paksa diri kita untuk melakukan perkara luar kemampuan diri demi memenuhi keingininan orang lain," ujarnya.

A post shared by Sharifah Aisha Retno (@aisharetno02)


Selain Cukuplah, Aisha juga mengeluarkan lagu Teduh, khas untuk ibu kandungnya yang sentiasa bersamanya ketika sukar dan senang dalam menjalani kehidupan sebegai seorang penglipur lara di dunia musik ini. Lagu "Teduh” juga menunjukkan kedewasaannya dalam menyampaikan mesej yang mendalam melalui karyanya.

"Teduh pula telah menceritakan tentang ibu kandung Aisha yang tidak pernah putus menyokong perjalanan Aisha dalam industri ini dan menjadi tulang belakang kepada Aisha sejak dari dulu.” Aisha menjelaskan tentang makna lagu Teduh.

Lagu 'Cukuplah’ dan ‘Teduh’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.