Keinginan seorang lelaki untuk bertunang dengan cinta hatinya pada hujung tahun ini tidak kesampaian apabila dia terlibat dalam kemalangan.
Perkara ini didedahkan oleh teman wanitanya, Nurul Natasha Shamsuddin, 19.
Teman lelaki Natasha iaitu Muhammad Idham Mohamad Narang, 22, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Yap Kwan Seng.
Menurut Natasha, mereka menjalinkan hubungan percintaan sejak tiga tahun lalu.

"Kami dah bersama sejak tiga tahun lalu. Arwah bercadang untuk bertunang hujung tahun ni.
"Arwah memang betul nak halalkan saya. Arwah takut saya hilang dari arwah. Padahal saya tahu, arwahlah yang paling sempurna buat saya.
"Arwah tak bagitahu keluarga lagi, arwah terus ke rumah sepupu saya. Arwah rapat dengan mereka termasuklah dengan makcik saya.
"Mungkin arwah selesa untuk bercerita. Mereka orang pertama yang tahu pasal ni. Tapi semuanya tidak kesampaian, tak apa, saya reda," katanya kepada Gempak.

Tambah Natasha, pada hari kejadian dia dan arwah merancang untuk menikmati makanan kegemaran mereka iaitu nasi kandar.
"Kali terakhir saya jumpa iaitu lima jam sebelum kejadian. Arwah ada pesan suruh jaga diri. Arwah janji dengan saya akan balik sebelum pukul 6 sebab nak bawa pergi makan.
"Saya dengan arwah suka sangat dengan nasi kandar kedai mamak. Padahal baru dua hari lepas pergi tapi tetap nak makan lagi," kongsi Tasha.
Jelas Natasha, dia menyedari terdapat segelintir yang tidak senang hati dengan perkongsiannya namun lebih memilih untuk memaafkan.
"Saya tak ambil hati sikit pun dengan negatif komen. Saya terima dengan hati yang terbuka. Kalau ada terasa pun saya simpan dalam hati. Kalau arwah tahu arwah pun taknak saya sedih. Arwah selalu suruh saya pedulikan sesiapa yang sakitkan hati.
"Mungkin ada la sikit saya marah atau balas dengan emosi, itu sebab saya geram. Saya sakit hati orang cakap pasal arwah. Tak boleh ke simpati sedikit? Mereka tak rasa apa yang saya rasa. Saya maafkan," katanya lagi.

Sementara itu, Natasha memilih untuk menjauhkan diri daripada laman sosial Twitter buat sementara waktu.5 hours before the incident ; "baby, i nak pinjam earphone boleh? I sunyi lah atas motor sorang sorang, i boleh dengar lagu" ?????? pic.twitter.com/PDvO3TWYLF
— Natasha? (@nurulnataasha) June 29, 2020