Pelakon cantik, Nora Danish menyimpan hasrat untuk melakonkan karakter yang lebih mencabar seperti watak samseng.

Luahan itu dikongsi menerusi satu posting di Instagramnya baru-baru ini.

Menurut Nora, dia teringin untuk membawa watak berkenaan sebaik saja habis menonton filem Young & Dangerous 3.

"Lepas tengok “Young & Dangerous 3” lagi sekali, teringin Nak bawak watak chicken.

"Siapa setuju saya bawa watak samseng? Watak ganas la pulak please," katanya.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata peminat tidak sabar untuk melihat Nora membawa watak tersebut.

Namun, tidak kurang juga yang mendakwa Nora tidak sesuai kerana mukanya yang agak comel seperti bayi.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.

When wifey is not well, daddy buat buat pening kepala pulak....!! Korang rasa dia Pening pasal apa???

A post shared by Nora M Danish (@noradanish) on

Untuk rekod, Nora Danish bakal kembali membawa watak Anis menerusi filem aksi Polis Evo 3 yang telah pun memulakan penggambarannya baru-baru ini.

Masih mengekalkan watak utamanya iaitu Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai dan Zizan Razak sebagai Inspektor Sani, Polis Evo 3 juga turut dibintangi Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi, Eyka Farhana, Farali Khan dan ramai lagi.

BACA: Ada Shaheizy Sam, Zizan Razak, Syafiq Kyle & Nora Danish - Hebatnya Barisan Pelakon Polis Evo 3!