Tidak lama lagi, siri komedi keluarga yang sangat istimewa akan menemui anda!

Take CTRL yang menampilkan aktor berbakat Shaheizy Sam serta wajah-wajah baru pelbagai bangsa yang memeriahkan industri hiburan tanah air akan mula ditayangkan pada 29 Januari 2022, setiap Sabtu jam 9 malam di saluran TA-DAA!

Dalam siri keluarga ini, anda akan menyaksikan pendatang baru seperti Hana Nadira, bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) Prakash, Farid, dan Chi Ho, Jinnyboy, Jenn Chia dan ramai lagi!

Take CTRL memaparkan kisah sains fiksyen yang sememangnya menghiburkan anda seisi keluarga.

Sebelum menanti hari pertama ia ditayangkan, jom layan trailer rasmi seperti di bawah.