,
Laman Utama

“Takpa Kak Ning, Relaks Je… Kita Tahu Apa Yang Kita Dah Usahakan” - Siti Nurhaliza

Izwan Isa
08/08/2022
06:50 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui yang persembahan seseorang penyanyi itu boleh terganggu jika vokalnya digunakan secara berterusan untuk beberapa hari.
Merujuk kepada video nyanyian Ning Baizura yang tular baru-baru ini, pelantun suara bagi lagu Anta Permana itu menjelaskan, keadaan emosi juga boleh menjadi faktor penyebab kepada gangguan pada persembahan berkenaan.
“Kadang-kadang kita gunakan kita punya tenaga dan vokal (dalam kadar yang panjang)... Macam Kak Ning, dia buat persembahan sehingga empat malam. Saya akui, ada waktu kotak suara kita akan terganggu dan tak mustahil perkara sama turut berlaku.
“Dan Kak Ning kata dia sedih… jadi emosi juga boleh menyebabkan sedikit gangguan pada persembahan. Saya pun kalau sedih, saya tak boleh teruskan nyanyian. Saya akan berhenti dan bertenang, kemudian baru boleh sambung menyanyi.
“Tapi pada waktu itu, Kak Ning teruskan… dia kuat semangat,” katanya kepada Gempak.
Dalam masa sama, Siti turut menzahirkan kata-kata positif buat penyanyi bersuara soprano itu.
Menurut Siti, disebabkan kecanggihan teknologi, kekurangan seseorang artis itu mudah untuk dilihat oleh peminat dan juga netizen.
“Cuma kadang-kadang itulah… dalam teknologi moden ini, kekurangan orang akan senang nampak. Jangan mudah untuk kita meletakkan satu-satu anggapan tanpa kita tahu kesusahan seseorang itu untuk struggle menyanyi tiga hingga empat hari.
“Takpa Kak Ning, relaks je. Jangan layan sangatlah… kita tahu apa yang kita dah usahakan dan buat,” katanya lagi.
Terdahulu, viral di media sosial apabila gaya nyanyian Ning Baizura yang ‘tidak kesampaian’ ketika menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu di sebuah lokasi di ibu kota.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Siti Nurhaliza Syukur Terima Gelaran Biduanita Negara, Tiada Dalam Impian - “Bila Niat Kita Ikhlas Perkara Yang Bagus Akan….”

gempak
14/11/2024
12:55 MYT
Menurut penyanyi nombor satu negara itu, beliau percaya apabila seseorang itu mempunyai niat yang ikhlas pasti perkara-perkara baik akan datang kepadanya.
Hiburan

Dianugerahkan Biduanita Negara, Siti Nurhaliza Zahirkan Rasa Syukur - "Ini Lambang Penghargaan Semua Insan Seni Tanah Air"

gempak
13/11/2024
15:27 MYT
Dalam satu kenyataan media, pelantun yang popular dengan lagu Aku Cinta Padamu itu berkata beliau tidak melihat anugerah itu sekadar pengiktirafan kepada pencapaian kerja seninya semata-mata.
Hiburan

Mahu Beri Momen Terindah, Ning Baizura Sertai GV 11 Kerana Ibu - “Bukan Untuk Menagih Simpati, Tapi…”

gempak
06/11/2024
11:55 MYT
Menurut pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu, antara sebab dia mahu menyertai program realiti popular itu adalah kerana mahu menghadiahkan momen indah buat ibunya, Satilah Abdullah yang kini menghidap dimensia.
gegar-vaganza-11

GV11: Ning Baizura, Ronnie Hussien, Liza Aziz, Shiela Abdul & Reshmonu Antara 14 Bintang Yang Bakal Bertanding Tahun Ini!

gempak
06/11/2024
07:59 MYT
Membawa semangat bintang-bintang baharu, GV 11 bakal menyaksikan 14 peserta merebut takhta juara yang pernah menjadi milik Jaclyn Victor, Noryn Aziz, Ayai Ilusi dan Siti Nordiana.
Hiburan

Dapat Sokongan Luar Biasa, Universe Gateway Tambah Kategori Tiket untuk Konsert The Journey of The Sound

gempak
04/11/2024
23:52 MYT
Keputusan itu dibuat selepas mendapat permintaan daripada peminat-peminat penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.
Unitar