Laman Utama
“Takut Gila Masa Tu”- Fazura Kongsi Pengalaman Bawa Fatima Dine-In
Pelakon Nur Fazura mendedahkan dia pernah membawa anaknya, Fatima keluar ‘dine-in’ atau menikmati makanan di restoran.
Kata Fazura, meskipun ketika itu kes Covid-19 tidak setinggi seperti masa kini namun dia tetap berjaga-jaga.
“Back when it was still considered “okay” to dine in with our baby Fatima. We had a private room tapi still so cautious and takut gila masa tu. This deadly virus could be anywhere, nervous!
“Masa tu case tak setinggi sekarang, pun dah tak tenang juga.. nak cepat-cepat balik. Apatah lagi sekarangkan?” dedahnya.
Isteri kepada Fattah Amin itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik foto dan video momen ketika ‘dine-in’ bersama anaknya di sebuah restoran.
Pesan Fazura lagi, jika ibu bapa masih mahu bawa anak keluar ke tempat awam, pastikan mengambil langkah berjaga-jaga.
“Please berjaga-jaga semua. Especially bila nak bawa anak keluar makan di tempat awam dengan ramai orang.
“Risau sangat-sangat. Sayang semua and stay safe please,” katanya lagi.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata setuju dengan pendapatnya.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 pada satu majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang comel bernama Fatima Aisya yang kini berusia setahun.
Must-Watch Video