Pelakon Sophie Turner antara individu yang sentiasa menjaga dan patuh kepada arahan semasa bagi mencegah pandemik Covid-19.

Dedah Sophie, 24, ketika bersalinkan anak sulungnya, dia turut memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga.

"Kalau aku boleh pakai pelitup muka ketika bersalin, kenapa kalian tidak boleh memakainya ketika membeli belah di Walmart," katanya menerusi Instagram Stories baru-baru ini.

Pasangan kepada penyanyi Joe Jonas itu telah selamat bersalin seorang bayi perempuan yang diberi nama Willa pada Julai lalu.

Pasangan yang menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat itu antara lokasi panas penyebaran virus Covid-19.

Malah, cuma tinggal kurang 100 buah katil lagi di unit rawatan rapi untuk pesakit Covid-19.

Teruskan mengundi pasangan pilihan anda sempena Gempak Most Wanted 2020 di sini: Couple Selebriti Stylo TerGempak 2020