"Takut-Takut Umur Saya Tak Panjang" - Aliff Syukri Dijangkiti COVID-19 Tahap 3 Selepas Balik Dari Turki
Amri Hassan
29/12/2021 16:09 MYT
29/12/2021 16:09 MYT
Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan dirinya kini positif virus mengancam nyawa, COVID-19 selepas pulang dari percutian di Turki.
BACA: "Kenapa Saya Dikecam?" - Percutian Ke Luar Negara Sudah Dirancang 6 Bulan Awal Sebelum Bencana Banjir, Aliff Syukri Sedih
BACA: "Meena Tak Ikut Ker?" - Netizen Persoal Kenapa Aliff Syukri Tak Bawa Anak Angkat Makan Angin
Mendapat rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, Aliff turut memberitahu dirinya menghidap COVID-19 tahap tiga yang melibatkan bahagian paru-parunya.
"Kepada semua sahabat kenalan yang dikasihi, atau sesiapa yang mengenali saya, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak.
"Maaf sekiranya pernah terkasar, mengumpat atau termakan secara sengaja atau tidak.
"Rasa lega dah mohon maaf pada semua. Takut-takut umur saya tak panjang. Doakan saya cepat sembuh.
"Saya ditahan di wad kerana dijangkiti COVID-19 tahap tiga melibatkan paru-paru saya. Saya ditempatkan di hospital untuk rawatan rapi," kongsinya di Instagram.
Aliff pada Isnin berkongsi hantaran di Instagram keadaan tangannya yang dipasangkan jarum dan dimasukkan drip air dan ubat.
Rata-ratanya mendoakan kesejahteraan Aliff dan melayangkan doa buat pelantun lagu Abang Nak Tegur itu termasuk rakan usahawan popular Datuk Seri Vida dan Nur Sajat.
Di Instagram Stories pula, Aliff enggan mewar-warkan tentang penyakitnya itu pada mulanya kerana risau dituduh sengaja mencari perhatian.
"Awak rasa saya sakit apa? Kalau saya bagitahu nanti orang kata saya buat kontroversi.
"Kalau saya tak bagitahu orang tertanya-tanya. Saya confuse awak.. Saya confuse," tegasnya.
Sementara itu, isteri Aliff, Datin Seri Shahida pula kini sedang menjalani kuarantin di kediaman mereka selepas pulang dari bercuti beberapa hari lalu.