Laman Utama

“Kenapa Saya Sering Dikecam? Percutian Ke Luar Negara Sudah Dirancang 6 Bulan Awal Sebelum Bencana Banjir…” – Aliff Syukri Sedih

gempak
Fiza Kamarudin
25/12/2021
12:40 MYT
Sponsor Banner
“Kenapa Saya Sering Dikecam? Percutian Ke Luar Negara Sudah Dirancang 6 Bulan Awal Sebelum Bencana Banjir…” – Aliff Syukri Sedih
Usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa sedih apabila dirinya sering menjadi mangsa kecaman warganet.
Aliff berkata, dia tidak mengerti mengapa ramai yang mengutuk dan mengeji gara-gara percutiannya bersama keluarga ke luar negara ketika bencana banjir melanda.
Menurut Aliff, percutian dia dan keluarga sudah dirancang sejak enam bulan lalu sebelum bencana banjir melanda negeri Selangor.
Kata Aliff lagi dia turut mengalami kerugiaan ratusan ribu ringgit kerana resortnya turut mengalami kerosakan dan perniagaan terjejas.
Dakwa Aliff lagi, dia tidak berkongsi sebarang bentuk bantuan yang disalurkan kerana bimbang dituduh riyak dan menunjuk-nunjuk.
“Kenapa saya sering dikecam? Dugaan saya bercuti. Ramai yang tak puas hati dan 1 Malaysia mengutuk saya gara-gara percutian saya di luar negara yang dirancang 6 bulan awal sebelum bencana banjir di Malaysia.
“Korang tau tak bisnes saya juga terjejas, resort saya rugi ratusan ribu? Saya tak nak share apa yang saya buat, apa yang saya bantu nanti korang cakap riak, menunjuk…tapi…,” luahnya terkilan.
Dalam pada itu Aliff turut berharap agar perjalanannya pulang ke tanah air dipermudahkan supaya dia dapat menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas.
“Walau badan di sini hati dah sampai Malaysia…Doakan perjalanan pulang saya dipermudahkan dan saya dapat menyalurkan bantuan yang tak seberapa ini dibandingkan dengan kemusnahan dan kesedihan mereka,” katanya.
Di ruangan komen, ramai pengikut yang menasihatkan Aliff supaya tidak mempedulikan komen negatif.
Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada Aliff kerana tidak lupa untuk memberikan bantuan kepada orang-orang yang memerlukan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024