Hiburan

Tampilkan Khazanah Melayu Lama, Filem Putera Empayar Nusantara Bakal Tembusi Pasaran Antarabangsa

Asraf Aided
26/11/2019
05:18 MYT
Produksi filem tempatan, Eria Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan bakal menerbitkan sebuah filem bergenre epik dan aksi yang diberi judul Putera Empayar Nusantara.
Filem arahan tiga pengarah ini mengambil inspirasi dari kisah sebenar zaman kesultanan Johor, Negeri Sembilan Pahang dan Kedah.
Ia merupakan filem tempatan yang berpotensi menjadi filem box-office sekaligus menembusi pasaran antarabangsa.
"Mungkin ramai tidak tahu, genre filem sebegini mempunyai permintaan yang tinggi, namun tidak banyak produksi yang berani mengambil risiko dalam menghasilkan filem bergenre seperti ini. Filem ini juga akan melibatkan Pengarah terkenal dari Indonesia , Ario Sagantaro yang banyak menghasilkan filem Hollywood, The Raid.
"Filem Putera Empayar Nusantara ini juga menjadi produksi filem pertama yang mendapat kerjasama pengunaan CGI daripada Linux Group yang terkenal di Hong Kong dan negara Cina. Para karyawan filem Putera Empayar Nusantara turut menampilkan berisan artis ternama Malaysia dan Indonesia seperti Cecep Arif Rahman dan Ismi Melinda.
"Pihak kami merasakan dengan adanya kerjasama nusantara dari sudut pembikinan filem bersama negara jiran ini dapat melonjakkan lagi jenama industri perfileman tempatan kita sendiri. Karakter yang bakal di bawa oleh barisan pelakon juga sememangnya watak-watak yang berat dan kami percaya mereka akan laksanakan dengan baik," kata Asmadie Mokhadar selaku pengarah dan penerbit Putera Empayar Nusantara.
Dari kiri : Asmandie Mokhadar (Pengarah Eria Ventures Sdn Bhd), Ario Sagantaro (Pengarah filem Riad), Puan Azlina (Pegawai Penasihat Ekonomi Menteri Besar Negeri Sembilan, Encik Javert (Pengarah Bersama) & Datuk Seri Musa (Penasihat filem Putera Empayar Nusantara)
Putera Empayar Nusantara dijangka bakal ke pawagam di seluruh Malaysia dan ingin menembusi pasaran antarabangsa pada tahun 2021. Jadual penggambaran filem Putera Empayar Nusantara bakal bermula tahun hadapan.
Eria Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan menyeru seluruh rakyat Malaysia kekal dan terus memberikan sokongan kepada industri filem tempatan terutamanya filem Putera Empayar Nusantara yang tidak akan mengecewakan penonton.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Filem

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

gempak
25/07/2024
04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
Filem

"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

gempak
18/07/2024
08:55 MYT
Ratu Cantik kelahiran Malaysia, Rachel Tan berbangga dapat membawa kisah dan bakat ke persada perfileman Hollywood.
Filem

Penuh Dengan Warna-Warni Budaya, Ini 5 Filem Yang Mengetengahkan Realiti Berbilang Kaum Di Malaysia!

gempak
16/07/2024
13:55 MYT
Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum. Didominasi oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, perkara ini memberi kesan besar dalam sektor perfileman tanah air.