Mengenang kembali ulangtahun kelahiran ke-88 seniman agung negara, Tan Sri P. Ramlee, enjin carian terkenal Google menampilkan beliau sebagai ilustrasi doodle hari ini.
Imej P. Ramlee ditampilkan dengan duduk di atas kerusi pengarah memegang lembaran muzik dan sebuah pelaung suara. Sebuah gitar pula disandarkan pada bahagian belakang kerusi tersebut.
Mengukuhkan lagi ilustrasi tersebut, bintang terkemuka itu disarungkan sut berkotak ala retro dan bermisai nipis sambil wajahnya menoleh belakang memandang pelayar Google.
"Bintang legenda itu dilahirkan pada tarikh ini (22 Mac) 88 tahun lalu. Pencapaian luar biasa P. Ramlee telah membekaskan memori paling bernilai dalam sejarah budaya Malaysia," tulis Google menerangkan ilustrasi doodle itu.
P. Ramlee atau nama sebenarnya Tan Sri Datuk Amar Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih merupakan seorang pengarah, pelakon, penulis lirik dan pemuzik prolifik yang telah menghasilkan 60 buah filem dan 250 buah lagu sepanjang hidupnya.
Seniman itu telah meninggal dunia pada 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat serangan jantung dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Google menghasilkan doodle hanya dalam tempoh tertentu untuk meraikan pencapaian seseorang individu, meraikan perayaan dan keraian popular.
Selain P. Ramlee, Google pernah menjadikan dua ikon tanah air lain sebagai ilustrasi doodle.
Pada 13 November 2014, bintang bola sepak tempatan, Datuk Mokhtar Dahari dipilih untuk menghargai sumbangan beliau dalam sukan tersebut.
Manakala, pada 7 Januari 2014, pengarah filem dan penulis skrip terkenal Yasmin Ahmad diangkat menjadi ikon Google doodle.
Teks oleh: Amri Hassan
Kredit: Google, Free Malaysia Today
Syafiqah Jalal
Wed Mar 22 2017
Bella Seorang Mudah Dipujuk - “Bagi Bunga Terus Saya Okay”
Pelakon, Bella Astillah membuat pendedahan bahawa dia seorang yang lembut hati dan mudah dipujuk.
Anak Perempuan Norreen Iman Jadi Mangsa Buli - “Kena Sepak, Tolak, Ni Kaki Dah Luka…”
Pelakon Norreen Iman mendedahkan anak perempuannya iaitu Ellen menjadi mangsa buli di sekolah sehingga menyebabkan puterinya itu mengalami kecederaan di bahagian kaki.
“Beraninya Buat Fitnah!” - Didi Astillah Berang Dituduh Pernah Bercinta Dengan Aliff Aziz
Pelakon Didi Astillah meluahkan rasa berang apabila terdapat satu artikel di laman Facebook menyebarkan fitnah mengenai dia dan abang iparnya iaitu penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.
Sempena Hari Guru, Pelajar Ini Hadiahkan Barang Kemas Untuk 10 Orang Cikgunya
Seorang kanak-kanak lelaki meraih perhatian netizen selepas memilih barang kemas sebagai hadiah untuk mualim dan mualimah di sekolahnya sempena kedatangan Hari Guru tahun ini.
Selalu Lihat Ibu Buat Seks, Kanak-Kanak 5 Tahun Nodai Adik Kembar
Gara-gara kerap menyaksikan ibu kandung melakukan hubungan seks bersama teman lelaki, seorang kanak-kanak lingkungan lima tahun tergamak menodai adik kembarnya.
Kate Moss Didakwa Jalin Hubungan Dengan Cucu Bob Marley, Jurang Usia Jadi Bualan
Supermodel Kate Moss sedang menjadi perbualan hangat selepas paparazi merakamkan foto terkini dirinya berpegangan tangan bersama seorang lelaki.
“Korang Pun Ada Ulasan Sendiri Kan, Kenapa Saya Yang Salah?” - Ceddy Tak Fake, Selesa Buat Food Review Jujur
Pempengaruh media sosial dan pencipta kandungan, Ceddy Ang akui lebih selesa untuk melakukan ulasan makanan dengan jujur.
Bercakap Dengan Jun: Recap Episod 3 & 4 - Jun Sertai Geng Sam, Makin Sayang Dengan Baby Ranum
Minggu lalu penonton dapat menyaksikan Jun berusaha untuk menjaga Ranum dengan baik termasuklah dengan belajar membeli beberapa barangan keperluan bayi.
Title: Elizabeth Tan Pasrah Gambar Lama ‘Leak’! | GMW: What's In Your Bag
Pasrah jela ya hos terjumpa gambar lama Elizabeth Tan aka Inspektor Jeniffer Wong. Apa lagi khazanah yang tersorok dalam beg Lizzy tu?
GMW: What's in Your Bag
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
Saksikan #GempakMostWanted, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro GO dan sooka.
#WhatsInYour
#GMWWhatsInYour
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
#LayanOriJanganCuri
GMW: What's in Your Bag
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
Saksikan #GempakMostWanted, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro GO dan sooka.
#WhatsInYour
#GMWWhatsInYour
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
#LayanOriJanganCuri
Tulisan Khat 'Dicuri' Buat Corak Tudung, Penulis Bengang Dengan Sikap Usahawan Malaysia
Hati siapa yang tidak panas apabila hasil kerja yang dibuat dengan kreativiti sendiri diambil orang tanpa sebarang kebenaran. Berikutlah nasib yang menimpa seorang penulis tulisan khat apabila dirinya mendapati salah satu jenama hijab 'mencuri' hasil kerjanya untuk dijadikan sebagai corak tudung.