HIBURAN
Duit Akiko Hilang, Polis Masih Belum Terima Laporan
Polis masih belum menerima sebarang laporan berkenaan dakwaan sejumlah wang yang hilang di rumah usahawan dan pempengaruh, Abd. Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridzuan Ridzokumura.
Polis belum terima laporan
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat.Sebelum ini Ridzuan Ridzokumura menerusi siaran langsung di TikToknya memaklumkan wang berjumlah RM60,000 hingga RM70,000 milik arwah isterinya, Akiko Okumura didakwa lesap.“Setakat ini pihak polis tidak ada terima apa-apa laporan daripada individu tersebut,” katanya.
Katanya, wang itu diletakkan dalam sampul dan disimpan dalam beg tangan arwah isterinya sebelum disedari telah tiada.
“Duit yang hilang bukanlah sedikit, saya anggarkan RM60,000 sehingga RM70,000. Duit itu adalah lebihan balik bercuti dari Jepun pada Februari lalu.
“Masa itu saya dalam keadaan kehilangan (Akiko) jadi (baru-baru ini) baru nak periksa apa yang patut, dua tiga hari lepas barulah saya perasan.
“Sampai hati, duit orang meninggal pun nak ambil. Bukan orang luar, orang sekeliling juga sebab yang datang (ke rumah) ketika itu pun kawan-kawan terdekat, polis, forensik dan sebagainya,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Ridzokumura Rindu, Terkenang Kebaikan Arwah Isteri - “Tiada Lagi Hidangan Berwarna, Arwah Suka Buat Sendiri, Sampaikan Cuci Pinggan Pun Dia Tak Bagi”
ARTIKEL BERKAITAN:Ridzokumura Nafi Ubatan Arwah Isteri Dirampas, Serah Sendiri Kepada Polis
ARTIKEL BERKAITAN:Masak ‘Maggi’ Untuk Sky Bersahur, Ridzuan Ridzokumura Nak Tips Urus Anak Dari ‘Followers’ - “Saya Nak Minta Wanita-Wanita…”
ARTIKEL BERKAITAN:Timbul Pelbagai Spekulasi, Ridzuan Ridzokumura Kongsi Kronologi Arwah Isteri Jatuh - “Tak Mungkin Akiko Nak Terjun”
ARTIKEL BERKAITAN:Polis Sahkan Wanita Jepun Jatuh Dari Tingkat 4 Isteri Usahawan Dan Pempengaruh
Akiko dilaporkan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya.
Sumber: Kosmo Online!
Must-Watch Video