Tanah Jerlus Masjid India: “Isteri Jerit Minta Tolong Sebelum Dia Senyap” - Suami
Awani
23/08/2024 13:55 MYT
23/08/2024 13:55 MYT
“Dia (mangsa) menjerit meminta tolong selepas terjatuh sebelum terus senyap tidak lama kemudian."
Demikian kata suami kepada wanita warga India yang terjatuh dan tertimbus susulan kejadian tanah jerlus di hadapan Masjid India, Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun lelaki berusia 40-an itu agak keberatan untuk menceritakan dengan lebih lanjut berhubung kejadian yang menimpa isterinya selain kesukaran untuk berkomunikasi.
Setakat jam 3 petang, usaha mencari dan menyelamat (SAR) yang sudah masuk hampir tujuh jam diteruskan menggunakan jengkaut bagi membesarkan lubang benam terbabit untuk memudahkan tugas pasukan penyelamat.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman dilaporkan berkata, pihaknya masih dalam proses melengkapkan maklumat berkaitan kejadian terbabit dan sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu.
Polis akan merakam keterangan saksi bagi membantu siasatan, setakat ini pihaknya tidak boleh komen lebih terperinci kerana ia masih dalam siasatan.
Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan anggota bomba sedang giat melaksanakan kerja menyelamat di lokasi kejadian.
Menurutnya, setakat ini kawasan itu masih dianggap selamat bagaimanapun perbincangan lanjut akan diadakan bagi mempertimbangkan jika ada keperluan untuk menutup kawasan terbabit.

BERITA TRENDING: Bapa Dua Anak Didakwa Raba Punggung Rakan Sekerja
BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Di Hadapan Masjid India, Seorang Mangsa Dikesan
BERITA TRENDING: Gunung Berapi Di Iceland Kembali Meletus
BERITA TRENDING: Remaja Lemas Ketika Mandi Sungai Bersama Rakan
Sumber: Astro Awani menerusi Sinar Harian