Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tanah Jerlus Masjid India: Kakitangan Dari Syarikat Swasta Tiba Di Lokasi

Ernalisa
31/08/2024 04:55 MYT

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini yang ditangguh awal pagi tadi disambung semula hari ini.

Tinjauan Astro AWANI di lokasi setakat ini mendapati pasukan SAR sudah berada di lokasi kejadian dan kawasan sekitar bagi meneruskan operasi pencarian mangsa, namun belum ada sebarang pergerakan setakat ini.

BERITA BERKAITAN : Tular Video Hafiz Suip Bertengkar Di Jalan Raya Dengan Driver Lain, Muka Kena Sembur ‘Pepper Spray’

BERITA BERKAITAN : Remaja Hong Kong Disaran Main Badminton Jika Terangsang Lakukan S*ks Sebelum Kahwin

BERITA BERKAITAN : Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027!

BERITA BERKAITAN : Makan Hotpot Sambil Tengok Movie, Netizen Luah Rasa Risau - “Alamak! Tak Berbau Ke Nanti? Kalau Ada Lipas Macam Mana?“

Sekumpulan kakitangan dari sebuah syarikat penyedia penyelesaian tinjauan industri marin meliputi sektor minyak dan gas tiba pada jam 10 pagi tadi dan dilihat membuat perbincangan dengan pasukan bomba dan penyelamat.

Syarikat berkenaan menawarkan beberapa perkhidmatan seperti tinjauan hidrografi, tinjauan geofizik, siasatan geoteknikal dan 'positioning service'.

Semalam difahamkan sebuah kamera teleskopik digunakan oleh pasukan mencari dan menyelamat dalam usaha mengesan mangsa.

Menurut sumber, kamera tersebut menggabungkan teknologi push rod dan kamera crawler yang digunakan sebelum ini.

Penggunaan kamera itu dijangka akan dapat membantu pasukan SAR mendapatkan imej yang lebih jelas, terutamanya di lurang kedua di kawasan pencarian yang tersumbat.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata adalah terlalu berisiko untuk penyelam meneruskan operasi SAR.

Sumber:Awani

#di #Tanah #Lokasi #Syarikat #Swasta #jerlus