Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tanah Jerlus Masjid India: “Tolong Selamatkan Ibu Saya!” - Rintihan Anak Sulung Mangsa

Gempak
23/08/2024 15:31 MYT
"Tolong selamatkan ibu saya!" Itu rintihan anak sulung mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India yang tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ibunya di lokasi.


Ditenangkan bapa


Difahamkan, anak sulung mangsa dikenali Surya, 26, yang berbaju kemeja putih baharu tiba dari Thailand dan hadir ke tempat kejadian kira-kira jam 9.20 malam ini.

Anak lelakinya kemudian ditenangkan oleh bapanya dan keluarga yang berada di lokasi kejadian, sebelum beredar ke lokasi lain.


Mangsa, Vijayaletchumi, 48, difahamkan datang melancong ke Malaysia dan dijangka pulang ke negara asalnya esok.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Shariff dilihat tiba di kejadian pada jam 8 malam dan sempat bertemu dengan suami mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN:Tanah Jerlus Masjid India: “Isteri Jerit Minta Tolong Sebelum Dia Senyap” - Suami

ARTIKEL BERKAITAN:Tanah Jerlus Masjid India: “Mangsa Dipercayai Dihanyut Arus Deras” - Polis

ARTIKEL BERKAITAN:Tanah Jerlus Di Hadapan Masjid India, Seorang Mangsa Dikesan


ARTIKEL BERKAITAN:“Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah” - Jeritan Terakhir Pembantu Juruterbang Nahas Elmina

ARTIKEL BERKAITAN:Pukul & Tolak Isteri Ke Dalam Gaung, Lelaki Mengaku Tidak Bersalah



Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, mangsa dipercayai dibawa oleh arus deras bawah tanah.

Katanya, operasi SAR telah meliputi kawasan hujung bawah tanah dan ia memerlukan perancangan rapi kerana membabitkan infrastruktur awam.

Setiap tindakan yang diambil perlu berstrategi dan dirancang rapi demi menjaga keselamatan orang awam serta pasukan penyelamat.

Sumber: Sinar Harian
#Ibu #Tragedi #Masjid India #Tanah Jerlus #Tanah Jerlus Masjid India
;