Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Tanah Runtuh Akibat Hujan Lebat, Kawasan Rumah Sharifah Shahirah Antara Yang Terjejas - “Jadi Depan Mata…”

Khairil Khusyairi
15/10/2024 05:25 MYT
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang susulan hujan lebat yang bermula sejak awal pagi ini.

Menerusi video yang tular, kejadian menunjukkan runtuhan tanah berlaku berhampiran kawasan perumahan.

Malah, beberapa pokok tumbang di sekitar rumah dan kenderaan penduduk akibat aliran air deras dari bukit.

Beberapa penduduk turut berkongsikan video insiden itu di media sosial memaparkan kerosakan yang berlaku.

Penyampai radio, Sharifah Shahira atau lebih dikenali Shiera turut berkongsi kejadian sama yang berlaku di kawasan perumahannya itu.

“Next to our house Taman Melawati.

“Semoga dipermudahkan urusan. Anak-anak kawan kita duduk situ. Jadi depan mata kawan anak kita tadi ni. Pukul 9.40 pagi kita hantar anak pergi kolej lalu situ tadi,” kongsi Shiera.


Terdahulu, beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar terhalang selepas dilanda banjir kilat pada pagi Selasa.

BERITA TRENDING: UIA Perjelas Hukum Isteri Bercinta Dengan Lelaki Lain Ketika Tempoh Iddah

BERITA TRENDING: Adam Shahz Enggan Bayar Nafkah Anak RM1,000, Fatin Afeefa Syukur Suami Sudi Bantu - “Saya Harap Mahkamah Berpihak Pada…”

BERITA TRENDING: Nampak Berseri-Seri, Peminat Teka Jantina Anak Sulung Nabila Razali - “Tengok Perut Tu Macam…”

BERITA TRENDING: Puteri Balqis Titip Pesanan Buat Fatima, Ini Respons Fazura

#Sharifah Shahirah #Banjir #Hujan #Rumah #Lebat
;