Skip to main content

Budaya Popular

Nampak Berseri-Seri, Peminat Teka Jantina Anak Sulung Nabila Razali - “Tengok Perut Tu Macam…”

astro_gempak_peminat-teka-jantina-anak-nabila-razali.png

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Nabila berkongsi momen dia dan suami meluangkan masa bersama pada hujung minggu.

Biarpun kini sedang berbadan dua, pelantun lagu Peluang Kedua itu tampak berseri-seri dan manis.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dengan penampilan Nabila yang sedang hamil anak sulung itu.


Rata-ratanya menyifatkan Nabila sangat comel dan manis bersama suami.

Lebih mengujakan, ada juga yang menebak jantina anak Nabila itu. 

“Tengok perut tu macam baby boy,” komen peminat.

“Muka berseri-seri, baby boy ke ni? Comel,” tanya peminat.

“Berseri-seri ibu mengandung ni,” puji peminat lagi.

“Saya teka baby girl,” tulis netizen.

“Cantik ni, biasa girl,” teka peminat.

Terdahulu, Nabila mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua dan dijangka bakal bersalin pada Januari tahun hadapan.

Nabila dan Nik Iruwan selamat mendirikan rumah tangga mereka pada 18 November tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali Umum Hamil Anak Sulung, Dijangka Bersalin Januari Depan

Must-Watch Video

Advertisement