Hiburan

Adam Shahz Enggan Bayar Nafkah Anak RM1,000, Fatin Afeefa Syukur Suami Sudi Bantu - “Saya Harap Mahkamah Berpihak Pada…”

gempak
Asyikin Mayudin
15/10/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Adam Shahz Enggan Bayar Nafkah Anak RM1,000, Fatin Afeefa Syukur Suami Sudi Bantu - “Saya Harap Mahkamah Berpihak Pada…”
Pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan bayaran nafkah diberikan bekas suami iaitu aktor Adam Shaz yang dianggap tidak mencukupi untuk menanggung kos persekolahan anaknya.

Barangan sekolah

Menerusi video temu bual di TikTok Majoriti, Fatin memberitahu dia hanya meminta RM1,000 untuk pembelanjaan barangan sekolah seperti pakaian dan buku.
“Untuk sekolah punya, dia tak bayar… sebab dia cakap tak setuju. Bagi saya, kalau masuk sekolah, tak kisah kerajaan atau swasta, memang harga sama.

“Sebab nak beli baju, beli buku… tapi kalau ikut dia punya pemahaman, kita kena tunggu mahkamah tentukan. Jadi, saya harap mahkamah berpihak pada Ivy la.

“Kena bayar buku dengan baju sebab saya tak minta apa-apa pun. Kalau macam sekolah, saya bayar RM3,000 tapi saya cuma minta dia RM1,000 saja. Tapi dia tak nak, saya macam tak apa la,” kata Fatin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Halangan Untuk Berjumpa, Ada Sebab Fatin Afeefa Bimbang Nak Lepaskan Anak Perempuan Bermalam Dengan Adam Shahz - “Sebagai Ibu, Sudah Tentulah Saya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Dedah Wajah Baby Boy, Bulu Mata Anak Fatin Afeefa Jadi Bualan Netizen - “Handsomenya Dia, Eyelashes Lentik Macam Mommy”

Pada perkongsian yang sama, Fatin memberitahu Adam enggan membayar nafkah seperti yang diminta kerana menganggap perkara itu sudah menjadi kes mahkamah.

Syukur suami bantu

Bagaimanapun Fatin meluahkan rasa syukur apabila suaminya iaitu Aliff Awang atau Opai menawarkan diri untuk membayar kos persekolahan anaknya.

“Alasan dia sebab dah masuk kes mahkamah, dia nak biar mahkamah yang tentukan. Tunggu sampai selesai. Tapi tak apa, saya ada suami kan.

“Suami saya cakap, ‘tak apa sayang, saya bayar’. Nasib baik kan… kalau tak, tercekik juga la saya,” katanya.
Menerusi laporan Gempak pada Isnin, Fatin bimbang untuk melepaskan anak perempuannya bermalam dengan Adam disebabkan kediaman bekas suaminya itu merupakan sebuah pejabat yang juga menguruskan rumah kebajikan.

BERITA TRENDING: Kongsi Pengalaman Tunai Umrah, Fatin Afeefa Ada Sebab Tak Bawa Anak Sekali - “Saya Menangis Tak Boleh Bernafas Sebab…”

BERITA TRENDING: Fatin Afeefa Tetap ‘Berkeras’, Peguam Yakin Adam Shahz Berhak Tuntut Penjagaan Anak - “Mungkin Ada Terma Yang Pihak Sana…”

Tidak akan meregangkan hubungan anak beranak tersebut, Fatin bagaimanapun berkata sebagai seorang ibu, sudah pasti dia ingin memastikan keselesaan puteri tunggalnya, Ivy Herra Sophia.
Mahkamah menetapkan 25 Februari tahun hadapan untuk sebutan semula kes tuntutan hak bermalam.
Perkahwinan Adam dan Fatin pada 2013 hanya mampu bertahan selama empat tahun sebelum bercerai pada Mei 2017.
Adam dan Fatin mempunyai seorang cahaya mata iaitu Ivy Herra Sophia yang kini berusia tujuh tahun.
Tahun lalu, Adam dan Fatin gagal mencapai kesepakatan dalam majlis sulh yang diadakan pada 29 Januari dan terpaksa meneruskan perbicaraan mengenai hak penjagaan anak di mahkamah syariah.
@majoritiofficial Fatin Afeefa cuma minta RM1,000 je #fatinafeefa #sekolah #yuran #adamshahz #majoriti #beritatiktok #trendingnewsmalaysia ♬ original sound - Majoriti Official
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024