,
Laman Utama

“Tangan Kanan Patah, Tulang Hancur” - Adik Ipar Mangsa Langgar Lari, Jasmin Hamid Mohon Cari No Plat Sampai Dapat

Mya Amri
29/03/2022
22:33 MYT
Pelakon Jasmin Hamid memohon bantuan orang ramai untuk mengesan sebuah kenderaan berwarna hitam yang disyaki terlibat dalam insiden langgar lari adik iparnya.
Menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagramnya, Jasmin memaklumkan adik iparnya mengalami kecederaan teruk iaitu patah tangan kanan dan juga tulangnya hancur.
“Saya mohon PERTOLONGAN dan EHSAN kalian untuk menjejaki PLAT NO kereta hitam seperti dalam gambar ini, yang telah LANGGAR LARI adik ipar saya pada 9 Feb 2022 dan menyebabkan TANGAN KANAN adik ipar saya PATAH dan tulangnya HANCUR.
“Kejadian pada 8.45am pada 9 Feb 2020 di Jalan Changkat Bukit Bintang..
“Kereta hitam tersebut telah menggesel motor adik ipar saya semasa dia nak naik motor semula selepas keluar dari kedai runcit yang terletak di tepi jalan Changkat Bukit Bintang dan menyebabkan dia jatuh terseret dan di hempap oleh motornya,” kongsinya.
Tambah Jasmin lagi, orang yang berada disekitar tempat kejadian memaklumkan kereta hitam tersebut dipandu agak laju.
“Menurut info dari orang- orang sekitar yang tolong adik ipar saya semasa kejadian dan menerusi CCTV yang di perolehi dari kedai berhampiran tempat kejadian, kereta hitam tersebut di pandu agak laju di kawasan kedai tersebut dan dia berhenti agak jauh ke hadapan selepas LANGGAR adik ipar saya..
“Tetapi bila dia lihat ada orang yang tolong adik ipar saya yang jatuh, dia terus pergi tanpa berpatah balik.
“Kereta itu di pandu oleh seorang PEREMPUAN dan pakai MASK,” maklumnya lagi.
Sehubungan itu, Jasmin meminta pemandu wanita itu segera tampil dan bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku.
“MOHON PEMANDU TERSEBUT TAMPIL UNTUK TOLONG KAMI DAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS KEJADIAN INI.
“Kami telah pun membuat REPORT POLIS sebaik selepas kejadian dan KES TELAH DI SIASAT tapi malangnya masih tak dapat jejak PLAT NO kereta hitam tersebut dan KES TELAH DI TUTUP.
“Kami cuma di beri peluang untuk BUKA KES BALIK jika ada info tentang PLAT NO kereta hitam tersebut.
“Oleh itu saya mohon jasa baik dan ehsan kalian jika ada info tentang kejadian dan dapat trace PLAT NO kereta hitam tersebut seperti dalam gambar ini.
“Pertolongan kalian amatlah saya hargai. Ini adalah IKTHIAR kami anak beranak dan selebihnya saya serahkan pada ALLAH. SILA DM SAYA.” tulisnya.
Sebelum ini kejadian langgar lari seperti ini juga pernah menimpa salah seorang pekerja Shuib di Bubblebee cawangan Muar, Johor.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

4 Terkorban Nahas Pesawat Di Pulau Sulawesi

gempak
20/10/2024
08:25 MYT
Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Indonesia, SAM Air terhempas di wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi pada Ahad mengorbankan kesemua yang berada di dalamnya, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.
Hiburan

Duit Berniaga Hilang Ketika Kemalangan, Azlan Komeng Rayu Dikembalikan - “Kami Harap Kejujuran Anda”

gempak
17/10/2024
21:45 MYT
Pelakon, Azlan Komeng memberitahu dia masih belum menerima sebarang maklumat tentang duit perniagaannya bernilai kira-kira RM10,000 yang hilang semasa kemalangan pada Sabtu lalu.
Hiburan

"Ingatkan Pantulan Lampu, Tapi Lori Masuk Jalan Kami" - Azlan Komeng Cerita Detik Cemas Kemalangan, Perlu Bedah Pinggul

gempak
17/10/2024
06:55 MYT
Pelakon, Azlan Komeng menceritakan kembali detik cemas ketika terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Pahang bersama isteri, Nur Nilam Ortiz pada Sabtu lalu.
Berita

Editor Video Astro AWANI Meninggal Dunia Kemalangan

gempak
14/10/2024
06:45 MYT
Astro AWANI kehilangan seorang kakitangan yang dedikasi, Ahmad Hafiz Azhar Nordin yang meninggal dunia, pada awal pagi ini.
Berita

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Cedera Langgar Pokok Tumbang

gempak
12/10/2024
14:36 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman cedera ringan selepas basikal ditungganginya terjatuh ketika menyertai Ironman Malaysia di di sini, hari ini.
BorakSeeni