READ
“Tanpa Peminat Kami Tidak Akan Menang” — Khai Bahar & Siti Nordiana Menang di #AME2019
Oleh: Athirah Zulkifli
Kredit foto: InTrend Malaysia
SEMALAM berlangsung meriah malam kemuncak Anugerah MeleTOP Era 2019 (#AME2019) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Bertemakan #YangLegitYangLegend, hadirin disajikan dengan pelbagai momentum persembahan termasuk daripada barisan hos AME2019 Nabil Ahmad, Neelofa dan Jihan Muse yang cukup ‘sporting’ berdansa.
Menambahkan lagi rasa dan menggamatkan suasana, penonton bersorak sakan kala menyaksikan persembahan daripada Pop Shuvit, Ella, Misha Omar, Siti Nordiana dan Exists. Shafiq Farhain, Hael Husaini, Aman Ra, Andi Bernadee, Ismail Izzani dan ramai lagi.
Kredit foto: InTrend Malaysia
Tahniah kami ucapkan kepada Khai Bahar dan Siti Nordiana apabila masing-masing memenangi kategori utama Top Top MeleTOP Lelaki dan Wanita.
Lebih membanggakan apabila Khai dapat mempertahankan gelaran Top Top MeleTOP kali kedua berturut-turut tahun ini. Lebih manis, ini adalah anugerah terbesar buat Siti Nordiana sepanjang 20 tahun pembabitannya dalam industri seni.
Kredit foto: InTrend Malaysia
SENARAI PENUH PEMENANG AME 2019:
Top Top MeleTOP Lelaki: Khai Bahar
Top Top MeleTOP Wanita: Siti Nordiana
Fesyen MeleTOP: Syafiq Kyle
Artis Baharu MeleTOP: Eyra Hazali
Couple MeleTOP: Nur Fazura & Fattah Amin
Si Cilik MeleTOP: Yusoff Al Qardawi
Program Radio MeleTOP: Johara Pagi Era
Grup/Duo MeleTOP: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Penyanyi MeleTOP: Khai Bahar
Lagu MeleTOP: Jatuh Bangun
Program MeleTOP: Sepahtu Reunion Live 2018
Drama MeleTOP: Lelaki Kiriman Tuhan
Hos MeleTOP: Siti Nordiana
Artis Lawak MeleTOP: Jep Sepahtu
Pelakon MeleTOP: Syafiq Kyle
Bintang Filem MeleTOP: Syafiq Kyle
Filem MeleTOP: Munafik 2
Penyampai Radio MeleTOP: Johan
Anugerah Khas MeleTOP: Datuk M. Daud Kilau
Kredit foto: InTrend Malaysia
Kredit foto: InTrend Malaysia
Kredit foto: InTrend Malaysia
Must-Watch Video