Hiburan
Tasha Manshahar Kongsi Petua Banyakkan Susu Badan
Penyanyi Tasha Manshahar akui mengalami pengalaman di mana stok susu badan tidak mencukupi untuk anak lelakinya, Muammar Rafiqi.
Walaubagaimanapun, Tasha berjaya mengatasi masalah itu dengan beberapa tips yang menjadi rujukannya.
"So this is just my humble sharing about what I did masa susu drop last time.
"Sorry I took some time to update sebab lepas balik dari Kelantan, susu I drop lagi sekali sampai sister in law terpaksa bawa Muammar datang sekolah untuk I susukan di staffroom dan ada hari dalam kereta. Thanks to her.
"Tips I mungkin sangat cliche, ramai je tahu, tapi kalau tak dapat jadi tips baru, atleast dapat jadi reminder pun okay.
"Ni je yang I dapat share based on my little experience. Maklumlah baru sangat jadi ibu ni.
"Still discovering and exploring. Mommies mesti ada tips lain kan? Share lah, ramai nak tahu ni.
"P/s: Yes please rujuk lactation consultant yang bertauliah untuk knowledge and info yang lebih convincing," tulisnya.
Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Untuk rekod Tasha telah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Raqib Majid pada 8 September 2018 setelah kira-kira dua tahun berkenalan.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak bernama Muammar Rafiqi yang dilahirkan pada 21 Jun lalu.
Must-Watch Video