Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Tauke Tak Bawa Peralatan Seks, Cuma Petai & Rambutan Gading Untuk Isteri

Amri Hassan
17/08/2021 02:50 MYT
Pelawak Tauke Jambu menafikan dakwaan yang tular mengatakan dia membawa peralatan seks seperti yang dikaitkan dengan laporan kes pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks pada 1 Ogos lalu.

BACA: "Turut Dirampas Bungkusan Kondom" - Pelawak 40-an Ditahan Atas Kes Pemerdagangan Manusia

Jelas Tauke, dia hanya membawa buah tangan berupa rambutan gading dan petai untuk diberikan kepada isterinya.

"Salam geng, nak citer (cerita) masa wa (saya) ditahan, polis perika kereta wa cuma ada rambutan gading dan setangkai petai.

"Saya beli untuk isteri saya. Ia bukan peralatan jijik seperti yang tular," tulisnya di Instagram Stories pada Isnin.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelawak lelaki ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks dalam satu sekatan jalan raya di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Polis ketika itu berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa selain menemui bungkusan kondom.

Bagaimanapun, selepas berita itu tular, Tauke mendakwa pelawak yang ditahan bukan dirinya.

BACA: "Mulut Orang Kita Tak Boleh Nak Tahan..." - Tauke Terkilan Nama Dikaitkan Kes Pemerdagangan Manusia

BACA: Pelawak Didakwa Bapa Ayam Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
#Viral #Tauke #Polis #Negeri Sembilan #Roadblock #Jambu #Pemerdagangan Orang
;