Laman Utama
"Kami Dah Bagi Jamin" - Pelawak Didakwa Bapa Ayam Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
Selebriti lelaki yang ditahan pada Ahad lepas kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa.
BACA: "Mulut Orang Kita Tak Boleh Nak Tahan" - Tauke Terkilan Nama Dikaitkan Kes Pemerdagangan Manusia
Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Ramlan Abdul Razak ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
"Kami dah bagi jamin semalam, bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan," katanya.
Pada Selasa, media melaporkan selebriti lelaki berumur 40-an itu ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks dalam satu sekatan jalan raya di sekitar Negeri Sembilan.
Susulan penangkapan itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di Kuala Pilah dan mendapat perintah perlindungan sementara untuk ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Lelaki itu turut dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).
Sumber: Bernama
Must-Watch Video