Hiburan
Tawaran Berlakon Teater Lagi, Siti Nordiana Akan Fikir Beberapa Kali
Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana mengakui akan berfikir beberapa kali sebelum menerima sebarang tawaran untuk berlakon teater.
Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana, 32, berkata, dia mengakui bukan mudah untuk berlakon teater kerana perlu meluangkan masa yang lama.
"Selepas melibatkan diri dalam pementasan teater Dia Semanis Honey, saya akan berfikir dua atau tiga kali sebelum menerima tawaran berlakon teater lagi.
"Sebenarnya seronok berlakon teater, tetapi jadual nyanyian saya terlalu padat dan disebabkan itulah saya perlu berfikir semula selepas ini, kalau ada lagi tawaran berlakon teater.
"Tetapi kalau tawaran yang datang itu tidak menganggu jadual nyanyian, rasanya boleh dipertimbangkan.
"Bukannya apa, saya masih gementar berada di pentas teater dan saya perlu buang perasaan tersebut supaya lakonan saya lebih baik pada masa akan datang," katanya kepada Astro Gempak.
Nana berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas pementasan Dia Semanis Honey, di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah Nana, pengalaman ketika terlibat dalam pementasan teater Dia Semanis Honey membuatkan dirinya mendapat keyakinan untuk memperbaiki mutu lakonannya.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Must-Watch Video