Walaupun baru sahaja teaser yang dikeluarkan, namun rata-rata netizen sudah mula menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton filem Sheriff.

Filem aksi arahan Syafiq Yusof yang menampilkan Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Syafinaz dan Elizabeth Tan sebagai watak utama ini membuatkan ramai berasa teruja.

Ada yang menyifatkan Sheriff mempunyai jalan cerita yang mantap ditambah pula dengan keserasian barisan pelakon hebat bakal memantapkan lagi filem ini.

Antara komen yang diterima adalah:

Nantikan filem Sheriff terbitan Astro Shaw dan Skop Productions di pawagam seluruh Malaysia pada 18 April ini.

Sinopsis:

Nazri (Syafiq Kyle) seorang anggota polis merasakan masalah sindiket dadah syabu Tony Ifrit (Datuk Aaron Aziz) semakin berleluasa.

Nazri mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri.

Sementara itu Sheriff (Zul Ariffin) juga seorang anggota polis dihantar untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’.

Sheriff dan Nazri ditugaskan untuk berada di bawah satu jabatan. Ada kemungkinan Meth Killer itu berada di dalam jabatan mereka sendiri.