Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak memboikot McDonald's Malaysia kerana pihak pengurusan syarikat itu sudah menegaskan mereka tidak memberi sebarang sumbangan kepada Israel.

BERITA TRENDING: Tiada Kaitan Dengan Israel, McDonald's Malaysia 100 Peratus Entiti Milik Muslim

Wan Salim turut menasihatkan orang ramai yang mahu melakukan tindakan memboikot mana-mana syarikat didakwa berkaitan dengan Israel mestilah berdasarkan bukti jelas dan meyakinkan, bukan sekadar sangkaan atau andaian semata-mata.

"Perlu dijelaskan bahawa McDonald's Malaysia tidak termasuk antara syarikat yang perlu diboikot kerana pihak pengurusannya sudah memberi penjelasan, selain itu syarikat berkenaan juga mengeluarkan zakat menerusi pejabat urus zakat di beberapa negeri.

"Dalam membela pihak yang teraniaya jangan pula sampai menganiaya pihak yang lain, jadi sebagai umat Islam kita hendaklah menegakkan keadilan walaupun terhadap orang bukan Islam.

BERITA TRENDING: McD Malaysia Jawab 4 Soalan Netizen, Termasuk Dakwaan Bayaran Royalti Digunakan Untuk Tindas Rakyat Palestin

“Ini kerana nilai keadilan yang diperintahkan agama Islam supaya ditegakkan adalah bersifat sejagat, bukan kepada masyarakat Islam sahaja," katanya.

Selain McDonalds beberapa premis makanan lain termasuk Starbucks juga diboikot bukan hanya di Malaysia tetapi oleh masyarakat yang tidak menerima kekejaman Israel.

Sumber: Harian Metro