Gaya Hidup

“Teguk Air Mineral Pun Nikmat Macam Teh Ais” - Foto Frontliners Berehat Ini Tarik Perhatian Netizen

Azwa Rahman
08/04/2020
11:53 MYT
Seorang petugas barisan hadapan Dr. Wani Wahad menarik perhatian wargamaya apabila berkongsi foto sedang berehat ketika menjalankan tugas.
Menerusi laman sosial Twitter, Dr. Wani menerusi akaun @wanie_dagreat memuat naik foto tersebut untuk tatapan wargamaya.
“Bila dah bukak baju angkasawan tu dan dan berkepak bersamdar ‘dont care’ macam tu, teguk air mineral pun terasa nikmat macam minum teh ais ye kawan-kawan,” tulisnya menerusi satu kicauan.
Menerusi foto tersebut, dia dilihat bersama tiga orang petugas lain sedang berehat di luar hospital sambil menikmati air mineral. Hasil tinjauan Gempak di ruang Twitter, rata-rata wargamaya berterima kasih pada petugas-petugas ini yang tidak kenal erti penat lelah dalam membantu mengekang wabak COVID-19.
“Semoga doktor dan pasukan fronliner dilindungiNya dan terus berjuang melawan COVID-19,” kata seorang wargamaya.
“Kita pakai mask tu kejap je beratur beli KFC pon rasa lemas. Bayangkan frontliners kita sehari sampai berbelas jam pakai PPE tu,” kata seorang wargamaya.
“Ya Allah lindungilah mereka, peliharakanlah mereka, berikanlah kesihatan dan kekuatan untuk mereka terus menabur bakti kepada negara. Amin,” doa seorang wargamaya.
“Ya Allah...semoga anda semua dikurniakn dgn sebesar2 ganjaran disisi NYA serta beroleh keberkatan berganda dalam kehidupan. Moga Allah lindungi anda semua,” pinta seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini foto tersebut telah menerima hampir 6,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.
Hiburan

Syukur Sembuh Covid Kali Ketiga, Che Ta Belum Rancang Nak Sambung Rai Anniversary Kahwin - “Tak Ada Mood Nak Buat”

gempak
08/01/2024
07:55 MYT
Terbantut Che Ta nak sambut anniversary dengan suami.