GAYA HIDUP
Teknologi Grafik 6 Kali Ganda Laju & Cantik, BoBoiBoy Movie 2 Janjikan Kualiti Antarabangsa!
Filem terbaru terbitan Animonsta Studio, BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) bakal menjadi penanda aras baru dalam penghasilan animasi di Malaysia apabila menggunakan pelbagai teknologi terkini.
Antara yang digunakan termasuklah teknologi 'red shift' dan keadah simulasi yang menyeluruh.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abd Razak, menerusi teknologi seperti ini penonton akan menyaksikan kualiti animasi yang lebih berkualiti dengan efek yang lebih terperinci.
"Penggunaan 'red shift' sebenarnya banyak memberi kelebihan kepada proses 'rendering' yang lebih laju.
"Kalau kita selalu 'rendering' pakai unit pemprosesan komputer (CPU), tapi kali ini kita pakai unit pemproses grafik (GPU). Warna dia lain sikit lebih cantik dan proses pula lebih laju. Malah lima hingga enam kali ganda lebih laju dari sebelumnya.
"Kaedah ini kita guna sebagai cubaan beta je dulu, tapi kali ini kita sudah bersedia untuk menggunakan teknologi ini sepenuhnya," katanya.
Menurut Nizam, BBBM2 turut menambah proses simulasi untuk menghasilkan efek lebih realistik.
.png)
"Filem pertama kita terhad sedikit sebab semuanya guna kos tinggi. Kali ini kita tambah simulasi jadi kita akan nampak efek air, bulu, rambut, tanah, pokok semua bergerak," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem BBBM2 di Battle Arena, Petaling Jaya.
BoBoiBoy Movie 2 akan mula ditayangkan pada 8 Ogos 2019 dan paling menarik filem ini turut menjadi animasi Malaysia pertama yang ditayangkan serentak di lima buah negara.
Antara negara yang terpilih termasuklah Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam.
Sementara itu, tidak sampai tempoh 24 jam trailer rasmi BBBM2 dilancarkan di YouTube, ia telah pun mencapai satu juta tontonan! Yes satu juta guys!
Pada yang belum saksikan trailer ini, anda boleh lihatnya di bawah.
Must-Watch Video