Pelakon Emma Maembong dan Sean Lee digandingkan dalam sebuah telefilem komedi romantik berjudul Aku Bisu, Dia Diam yang bakal bersiaran menerusi slot Citra Exclusive.

Aku Bisu, Dia Diam merupakan sebuah karya sweet yang mengangkat kisah seorang lelaki bisu dan seorang bekas penyampai radio popular yang kehilangan suaranya selapas kemalangan.

Sweet giler housesmate macam ni. Meyh housesmate dgn cik bam la eric, cik bam sweet jugak?. . #AkuBisuDiaDiam sebuah karya romantik yang sweet antara seorang lelaki bisu dan seorang bekas dj popular yang kehilangan suaranya selapas kemalangan. Huh nk tau lebih kena la tengok! . 5 September 2020 Sabtu , 9 Malam #citraexclusive #astrocitra #DramaBergandaGanda #SetiapRumahAdaKisah #AstroSoON #BarulahOn #KitaJagaKita #Merdeka63 Teraju utama: @seanlje & @emma_maembongofficial @faha.azhar Arahan: @ferozkader_75

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on

Eric nak bantu Sarah beli barang baby . Sebak pulak tgh ibu tunggal preggy laki dia meninggal pulak. Cik Bam is sedihhhhh.. #AkuBisuDiaDiam sebuah karya romantik yang sweet antara seorang lelaki bisu dan seorang bekas dj popular yang kehilangan suaranya selapas kemalangan. Huh nk tau lebih kena la tengok! . 5 September 2020 Sabtu , 9 Malam #citraexclusive #astrocitra #DramaBergandaGanda #SetiapRumahAdaKisah #AstroSoON #BarulahOn #KitaJagaKita #Merdeka63 Teraju utama: @seanlje & @emma_maembongofficial Arahan: @ferozkader_75

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on


Menariknya, naskhah ini menyaksikan Sean menggunakan bahasa isyarat sepenuhnya dan Emma juga turut menonjolkan kemahiran berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.

Selain Emma dan Sean, telefilem arahan Feroz Kader ini turut menampilkan Faha Azhar, Elya Miera dan Meor Mohd.

Jangan lupa saksikan Aku Bisu, Dia Diam yang bakal ditayangkan esok, (Sabtu) jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD!