Pasangan dua sejoli, Risteena Munim dan Isa Khan sentiasa saling membuat kejutan antara satu sama lain.

Baru-baru ini, Risteena, 31, menghadiahkan Isa, 27, sebuah telefon pintar yang paling terbaru ketika majlis sambutan hari lahir adiknya, Asha Zainul.

"Hari ini saya nak buat kejutan untuk Isa. Saya ada beli iPhone 12 untuk Isa. Hari ini kebetulan kitorang keluarga nak sambut hari lahir adik saya, Asha.

"Dekat situ saya akan selitkan satu kek untuk Isa. Dalam tu saya letakkan iPhone 12. Bila dia potong kek tu, akan nampak iPhone," katanya.

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Risteena Munim Zainul Ilyas turut mengucapkan terima kasih kepada Isa atas layanan yang baik sepanjang mereka bersama.

"Saya bagi kek ni sebab awak jaga saya dengan baik. Banyak bersabar dengan perangai gila saya ni. Terima kasih sangat," katanya lagi.

Momen manis itu turut memaparkan reaksi adik kepada aktor Miller Khan yang kelihatan teruja dan gembira selepas membuka kotak telefon itu.

Risteena memilih iPhone 12 Pro Max berwarna Pacific Blue yang harganya lebih RM5,000.

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)


Terdahulu, Isa dan Risteena telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Disebabkan pandemik COVID-19, pasangan ini terpaksa menundakan majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya diadakan pada 21 November lalu.

BACA: Terpaksa Tunda Majlis Perkahwinan, Isa Khan & Risteena Munim Nangis Ketika Bercakap Dengan ...