Malaysia dikejutkan dengan kes keracunan puding buih sehingga menyebabkan seorang mangsa terkorban pada Rabu.

Mangsa yang berusia 25 tahun dari Marang itu menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu berpunca daripada kegagalan multiorgan akibat kejutan sepsis.



Punca keracunan dilaporkan adalah daripada penggunaan telur yang telah tamat tempoh selepas menikmati puding tersebut yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu.

Telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella.

Kuman ini menyebabkan gejala demam, muntah sakit perut dan juga boleh menyebabkan kematian.



Jika timbul rasa ragu ragu, jangan guna dan makan telur tersebut.

Sebagai pengguna, sila ambil perhatian kepada 6 tanda telur yang telah rosak ini:

1. Telur terapung di dalam air bermaksud telur lama.
2. Kulit telur retak, terus buang!
3. Kulit telur berlendir tanda kehadiran bakteria.
4. Kulit telur ada lapisan berdebu tanda kehadiran kulat.
5. Telur berbau busuk dan hanyir.
6. Warna putih telur berubah.